Tidak membuat sebarang persediaan khusus bagi meraikan sambutan Aidilfitri, penyanyi Luqman Faiz akui mahu pakai baju raya lama untuk beraya nanti.
Menurut Luqman, persiapan itu dibuat secara sedehana berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang masih berkuat kuasa.
Dirinya dan keluarga yang akan menyambut perayaan itu di Shah Alam, Selangor itu turut berkata, keluarganya tidak akan menerima kehadiran tetamu.
“Persiapan raya pun biasa-biasa sahaja. Pakai apa yang ada sahaja, mungkin pakai baju raya lama dan rasanya tahun ni saya nak sarung jubbah sahaja”
Ia berlaku susulan PKPB atas arahan kerajaan supaya penularan wabak COVID-19 ini dapat dibendung dengan sebaik mungkin.
Luqman bagaimanapun turut berpesan kepada sekuruh rakyat Malaysia supaya sentiasa mengamalkan penjagaan diri dan tidak perlu keluar beraya ke mana-mana.
Malah, beliau juga menyarankan orang ramai untuk mengikuti arus perkembangan teknologi seperti “video call” bagi bertanya khabar melalui telefon bimbit.
Dalam perkembangan lain, Luqman difahamkan telah berkolabrorasi bersama penyanyi Sufian Suhaimi, Fara Hezel, Aiman Tino, Fieya Julia dan Yazid Izaham menerusi lagu raya terbaru iaitu Suasana Hari Lebaran.
Lagu berkenaan telah dimuat naik di laman Youtube sejak 12 Mei lalu dan kini telah mencecah lebih 43,000 jumlah tontonan.
Sumber: mStar
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments