#Hiburan: Awie Rimas Kanak-Kanak Datang Beraya Ke Rumahnya

Berdepan situasi sekumpulan kanak-kanak datang berkunjung ke kediamannya untuk sambutan raya, penyanyi Datuk Awie, akui tidak selesa apabila loceng pintu pagar berbunyi seawal pagi pada raya pertama baru-baru ini.

awie

Menurut Awie, anaknya terpaksa memberi tahu dan memohon maaf kepada kumpulan kanak-kanak terbabit bahawa keluarganya tidak menerima tetamu hadir ke rumah mereka.

“Saya pelik bagaimana ibu bapa boleh biarkan anak-anak mereka keluar dalam situasi berbahaya pandemik Covid-19 begini.

Tambah Awie lagi, beliau seakan tidak tahu dari mana datangnya kumpulan itu malah berpendapat ibu bapa mereka terlalu bernai membenarkan anak mereka keluar beraya dalam situasi begini.

Katanya, beliau amat akur dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang diarahkan kerajaan.

awie

Hal ini kerana, beliau memutuskan untuk beraya di rumahnya sahaja malah hanya dikunjungi adik beradiknya.

“Saya tak nak terima ramai tetamu kerana bimbang orang yang tak suka saya buat laporan polis dan jadi isu pula nanti.”

Awie bagaimanapun dilihat seakan lebih suka mencari jalan selamat. Malah tidak mahu andai perkara yang tidak diingini berlaku.

“Jadi baiklah jangan cari fasal. Kalau berlaku sesuatu nanti, silap-silap dikata ‘kluster Awie’ pula.”

Sumber: Harian Metro


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments