Pelakon Almy Nadia luah rasa kecewa apabila wujud beberapa pihak tidak bertanggungjawab sering melemparkan kritikan negatif kepadanya.
Ibu kepada tiga cahaya mata ini juga turut menyatakan bahawa beliau telah lama memendam perasan berikutan sikap biadab netizen terhadap kemesraannya bersama suami, Fizz Fairuz.
Menurutnya, komen-komen yang terpahat di laman Instagramnya seolah tidak sopan dan agak keterlaluan.
A post shared by ALMY NADIA (@almynadiaofficial) on
“Assalammualaikum selamat pagi salam jumaat.. lama pendam perasaan,tapi harini kami takleh tahan,terpaksa luah,, bagi hampa semua baca bagi habis.. rajinkan baca.
“Saja la habaq mai.. sapa2 yg dok rasa tak suka kami,tok sah la nak follow kami, faham!! Lps tu hampa masuk dlm ig kami, hampa dok komen kat kami serupa hampa penghuni syurga, agak2 hampa rasa gelak kami ka,muka kami ka,apa sj yg melibatkan kami yg membuatkan hampa cemuih?
“Baik hampa tok sah dok nak like,tok sah hampa nak tambah dosa di bulan posa ni faham,, lama betoi kami dok perati hampa tau,, lama betoi kami dok bg muka kat hampa yg dok mai masuk ig kami lps tu hampa dok komen serupa hampa ni good good pulak,” tulisnya.
Dalam pada itu Almy juga turut memaklumkan bahawa beberapa individu yang sering melontarkan komen jahat kepadanya telah disekat demi mengelakkan diri daripada melakukan dosa di bulan Ramadan.
“Maaf buat sapa2 yg dok kena block ngan kami,, habaq awai2 sbb apa kami block sbb kami takmau cari dosa nak baca komen tak elok dan nnt syaitonnn nirogim dok hasut kamu balaihh laa komen tu balaih laa,dr kami nak cari dosa baik kami block.
“dan akhir kata bulan posa ni jgn cari dosa, bukan setakat bulan posa ja, bulan2 lain pun sama toksah cari dosa naaa,” tulinya panjang lebar.
Biarpun dilanda pelbagai masalah, Almy kini dikhabarkan telah banyak bersabar dengan kerenah pengikutnya yang tidak professional, malah dirinya juga mengakhiri luahan itu dengan permohonan maaf agar perkara seperti ini tidak berulang lagi dan dapat dijadikan pengajaran untuk semua.
0 Comments