Si montel Mohamad Eidrees yang merupakan anak kepada aktres Anzalna Nasir dan Hanif Zaki telah selamat memasuki usia 1 tahun pada 31 Mei yang lalu.
Sempena hari istimewa itu, Anzalna tidak melepaskan peluang untuk mengimbas kembali kenangan manis ketika merancang untuk mendapatkan cahaya matanya itu kini.
Ucapan penuh bermakna dan kenangan imbas kembali itu telah dimuatkan di laman Instagramnya, @anzalnanasir88.
Menurutnya, dia dan suami mengambil masa tiga tahun untuk mendapatkan Eidrees dan mereka berdua memang mengimpikan untuk memperoleh anak lelaki sebagai anak sulung.
Permata hati pasangan tersebut yang dilahirkan beberapa hari sebelum menjelangnya Syawal itu menjadi asbab kenapa nama bayi lelaki mereka adalah Eidrees, dan ianya merupakan momen yang tak akan dapat dilupakan seumur hidup.
Menyelusuri laman komen di entri berkenaan, ramai peminat serta rakan artis mengucapkan selamat hari lahir dan mendoakan kebahagiaan buat si cilik itu.
Mengimbas kembali, Anzalna telah mendirikan rumah tangga dengan Hanif Zaki yang merupakan seorang ahli perniagaan pada 21 Februari 2016 yang lalu dan telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 31 Mei 2019.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments