#Hiburan: Bella Astillah Tampil Memberi Sokongan Moral Kepada Risteena Setelah Dikecam

Bella Astillah dan Risteena Munim pastinya antara dua selebriti yang sering mendapat perhatian netizen dan peminat.

Ada juga yang dah “menyampah” dengan kisah percintaan mereka dengan pasangan masing-masing.

bella astillah rujuk aliff aziz kini hamil

Terkini, Bella Astillah telah tampil melalui IG untuk memberi sokongan moral terhadap Risteena yang telah mendapat kecaman bertubi-tubi.

Pergh, kalau Abang Nara kena macam ni, tak tahu la nak buat apa. Tapi kalau dah ada member artis macam Bella Astillah, mungkin bolehlah jadi teman mengadu kan?

Bella suka sangat tgk org yang tangani kecaman/masalah dgn positive. Biarlah mereka terus mencaci kerana mereka tidak sedar akan putaran hidup yang seperti roda.

Baru-baru ini Risteena telah menerima kecaman hebat apabila beliau kecoh satu dunia tentang kehilangan tunang tercinta selamat 30 minit. Biasa la, tengah bercinta tu, kalau dah clingy memang tak boleh nak buat apa la kan?

View this post on Instagram

 

Semalam saya hilang sekejap setengah jam, tunang saya fikir saya kena culik, ragut or something bad happened. . Semalam drive balik dari rumah dia, memang tak tengok phone. Selalunya sepanjang perjalanan memang akan cakap phone sampai dah sampai rumah. Tapi semalam kebetulan kereta polis banyak, and tak sempat nak ambik phone dalam beg pun untuk tengok. Tak sangka hilang setengah jam pun tunang saya dah risau macam tu? . Sampai je kat rumah, baru tengok phone. Missed calls tak payah cakap la berapa banyak ???? Tengok-tengok tunang saya dah sampai dah kat bawah rumah. Macam tak percaya langsung sebab baru sangat je masuk rumah. 10 minit je datang dari Cheras ke Gombak. Siap datang dengan his sister and Qirin. ???? Kesian diorang! . Memang kena marah terus la lepas tu. Apa lagi ???? Takpe, sekurang-kurangnya saya tahu kalau saya hilang, awk akan cari saya? Myhero! . So kalau sesiapa ada niat nak buat bukan-bukan kat I, lupakan saja ya. Nanti korang kena berdepan dengan tunang saya yang garang ni ? . To my tunang, saya rasa selamat since awak jaga saya. Tak boleh bayangkan kalau awak takde ? My parents dah boleh harapkan awak ? . I love you, sayang. Cinta hati saya :)

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena) on

Mungkin waktu dulu, ketika Bella masih lagi menghadapi krisis hubungan dengan Aliff Aziz, ramai juga yang mengecam beliau, sehingga hari ini. Tetapi bak kata orang kalau dah jodoh tu, memang takkan ke mana pun.

bella astillah aliff aziz rujuk

Pastinya Bella pun dah lali dengan kecaman ramai. Macam ni la bagus kalau dah ada rakan artis yang menerima kecaman bertubi-tubi, ada saja rakan yang datang memberi sokongan.

Sumber : Cari


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments