#Hiburan: Hamil Anak Ketiga, Diana Rafar Akui Alah Pada Mekap

Berkongsi berita berkenaan kehamilan di laman instagram suaminya beberapa hari lalu, pelakon Diana Rafar akui kesihatannya kini tidak menentu.

diana Rafar hamil

Selain tidak menduga bahawa dirinya akan hamil kembali, beliau juga kini difahamkan mengalami alahan teruk sepanjang kehamilan.

“Alhamdulillah, rezeki yang Allah bagi ini memang tak pernah terduga. Saya ingat cukup setakat dua saja, tapi tiba-tiba awal tahun ‘sangkut’ pula.

“Tidak dinafikan kesihatan saya agak terganggu dari awal kehamilan sampai sekarang. Banyak alahan yang dialami dan saya mampu berdoa saja. Nasib suami memahami.

“Malah, saya juga tak boleh pakai mekap dan bersiap. Memang akan ‘mabuk’ dan pusing mata sampai rasa nafas tak cukup. Banyak kali cuba, tapi masih sama. Sekarang ini sudah okay sikit. Kadang mekap separuh jalan saya terus cuci dan baring,” katanya kepada Harian Metro.

diana rafar hamil

Tambah isteri kepada pelakon Zamarul Hisham ini lagi, dirinya turut bersyukur apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Terima kasih PKP. Saya bersyukur dalam keadaan begini Allah bagi masa yang cukup untuk suami ada bersama dan boleh jaga saya selama beberapa bulan ini.

“Apa pun saya mohon pada semua agar sentiasa mendoakan saya dan bayi dalam kandungan sihat dan selamat. Terima kasih pada semua yang tak henti memberikan ucapan tahniah dan selamat hari jadi kelmarin,” katanya.

Menurut Diana, beliau langsung tidak kisah mengenai jantina bayi yang bakal dilahirkan itu malah turut berkongsi berkenaan ragam anak-anaknya selepas mengetahui ibu mereka kini telah hamil.

diana rafar zamarul hishamKredit – Harian Metro

“Anak kami, Kashfi and Kayla sangat teruja. Mereka selalu tanya adik buat apa dalam perut, adik perempuan atau lelaki, sudah makan atau belum dan banyak lagi.

“Alhamdullilah, kerenah anak-anak sedikit sebanyak melegakan alahan ini.

“Saya tidak kisah anak lelaki atau perempuan. Sebab Allah sudah kurniakan sepasang buat kami. Cuma, mereka bergaduh, seorang nak adik lelaki dan seorang lagi perempuan,” katanya.

Diana yang dijangka bersalin pada September depan telah berkahwin dengan pilihan hatinya, Zamarul pada 16 Mei 2009. Hasil perkahwinan itu, mereka telah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Kashfi Haiqal dan Kayla Reysha.

 

Sumber: Harian Metro


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments