Berkongsi ilmu di laman Instgramnya, nama Riena Diana kini menjadi perhatian netizen apabila beliau kini giat berinteraksi bersama peminatnya mengenai amalan sesama manusia.
Riena juga dilihat tidak mahu ketinggalan mengutip pahala pada 10 malam terakhir dengan berkongsi tentang beberapa perkara yang mampu memberi kesedaran kepada para pengikut di laman berkenaan.
Tambah Riena, beliau membincangkan berkenaan fitnah yang hanya memberi kesan negatif kepada kedua-dua pihak.
Lebih perit, Riena turut menegaskan individu yang difitnha mungkin berada dalam keadaan tertekan sehingga mempu menyebabkan kemurungan.
Menurutnya, setiap individu mempunyai tahap kesihatan mental yang berbeza, kerana lain orang lain cara mereka mengawal tekanan.
“Sama ada orang itu boleh kawal tekanan ke tidak. Lain orang lain cara mereka kawal tekanan. Kita tak akan pernah tahu.”
Ujarnya lagi, masih belum telambat untuk seseorang itu memperbaiki diri dan tidak mengambil tahu akan urusan orang lain. Cukup sekadar menjaga hal diri sendiri sudah memadai.
“Kita duk sibuk la hal orang lain sampai hal tepi kain sendiri kita tak jaga dan terlupa. Sibuk dosa orang lain sampai dosa sendiri kita lupa.”
Riena yang melonjak naik selepas membintangi dama popular Kampung People itu sempat menyeru kepada orang ramai supaya segera berhenti menyebarkan fitnah kerana perbuatan keji tersebut mampu mengundang pelbagia masalah kelak.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments