#Hiburan: Muat naik foto bersama Zulin Aziz, Ikhlas Jalil akui mula rapat sejak Ramadhan lalu

Tindakan pelakon Ikhlas Jalil memuat naik foto bersama Zulin Aziz telah menimbulkan pelbagai komen di kalangan peminat yang mengikuti perkembangan kedua-dua pelakon ini.

Gambar berdua itu telah dimuat naik di Instagram milik Ikhlas dan telah menerima pelbagai reaksi daripada pengikut yang nampaknya mendambakan kepastian mengenai status hubungan mereka.

 

Namun, Ikhlas menjelaskan bahawa mereka berdua tiada hubungan istimewa, hanya berkawan dan mengakui telah lama mengenali Zulin dan semakin rapat sejak Ramadhan lalu.

“Saya dah lama minat dia, maksud saya minat akan bakat dia serta keunikan dia. Saya dah anggap dia macam idola dalam industri seni ini,”

 

“Baru-baru ini kami berpeluang buat content video bersama, kalau betul bercinta saya mesti mengaku, takkan nak sorok pula kan?”

 

Ketika ditemui mStar, Ikhlas berkata bahawa tindakannya memuat naik beberapa keping foto tersebut ternyata telah mengundang spekulasi peminat.

Nampaknya, rata-rata peminat mendoakan kedua pelakon ini supaya meneruskan ke langkah seterusnya iaitu menjadi pasangan kekasih dan menamatkan zaman bujang secepatnya.

Menyedari komen yang dilemparkan peminat, Ikhlas menyerahkan soal jodoh kepada Allah S.W.T. Kalau ada jodoh apa salahnya kan?


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments