#Hiburan: Aidilfitri Ini, Layan Lagu Raya Bersama Keluarga Di Mana dan Bila-Bila Sahaja Dengan Huawei Sound X Serba Baharu

Lebih kurang seminggu lagi kita bakal menyambut Aidilfitri. Kemeriahan hari raya pada tahun ini pastinya berkurangan kerana kita tidak dapat balik kampung, membuat open house atau kunjung mengunjung. Namun begitu, kita masih boleh menyambut Aidilfitri bersama keluarga terdekat dan Abang Nara dah jumpa satu cara untuk MERIAHKAN lagi raya tahun ini!!!

Tentu seronok kalau malam raya ketika sedang main mercun kita turut sama mendengar lagu-lagu Aidilfitri berkumandang di halaman rumah? Lepas tue pagi raya masa tengah siap-siap pakai baju raya dalam bilik kita ditemani dengan lagu “Dendang Perantau”? Nak kasi ceria lagi masa makan ketupat kita layan pula lagu “Balik Kampung” di meja makan. Senang cakap, kita boleh layan lagu di mana-mana dengan HUAWEI Sound X !!!

huawei sound x

Dilancarkan di HUAWEI Store pada 16 Mei 2020, Sound X merupakan sebuah home-speaker (pembesar suara rumah) yang julung-julungnya hadir dengan dual-subwoofer yang hebat. Ia telah direka oleh pakar audio dari Perancis, Devialet untuk membolehkan kita semua mendengar lagu kegemaran, di mana-mana, pada bila-bila masa. Beli sekarang di SINI.

huawei sound x

Kalau selama ini anda tercari-cari home-speaker yang mempunyai kualiti bunyi premium dengan reka bentuk yang menarik bagi membolehkan anda tenggelam dalam alunan muzik kegemaran di ruang tamu rumah, maka HUAWEI Sound X adalah jawapannya. Ini beberapa sebab kenapa anda perlu memilikinya:-

Kolaborasi antara 2 pakar teknologi terkemuka

huawei sound x

Selama lebih satu dekad, Devialet telah dikenali sebagai jenama yang terkemuka dalam bidang bunyi. Jenama ini mempunyai reputasi mantap untuk produk premiumnya sehingga memperolehi 76 anugerah dan 160 paten untuk teknologi ciptaannya. Gabungan Devialet dengan HUAWEI yang menghasilkan EMUI 10.1 di dalam perantinya, para pengguna boleh menikmati kualiti bunyi tertinggi sama ada secara online ataupun offline melalui Sound X speaker.

Menghasilkan Semula Muzik Real-Time Dengan Rekaan “Push-Push”

huawei sound x
HUAWEI Sound X dilengkapi dengan teknologi SAM (Speaker Active Matching) yang telah dipatenkan oleh Devialet. Selain itu ia turut hadir dengan struktur simetri Push-Push, yang akan menghasilkan bunyi yang lebih jelas dan padu. Last but not least, HUAWEI Sound X mempunyai dua subwoofer yang memberikan bunyi bass 60W, sambil kekal kompak dan mudah alih untuk kegunaan harian.

Perkongsian Audio Secara “One Tap”, Cara Mudah Untuk Layan Lagu Kegemaran

huawei sound x

Kebiasaannya nak hubungkan telefon anda dengan mana-mana speaker adalah satu proses yang sukar dan leceh. Tapi dengan fungsi “one-tap audio sharing” yang hadir di dalam HUAWEI Sound X, anda akan dapat menikmati lagu kegemaran dengan pantas. Hanya perlu “tap” kawasan NFC telefon anda di Sound X dan lagu anda akan terus berkumandang. Senang kan?

HUAWEI Sound X adalah PERCUMA

Ha, terkejut kan? Anda boleh menjadi pemilik HUAWEI Sound X secara PERCUMA apabila membeli HUAWEI MateBook X Pro, selagi stok masih ada. Komputer riba dapat, speaker pun dapat. Memang tawaran yang sangat berbaloi-baloi.

Atau kalau anda memang dah tak sabar nak pasang lagu raya di ruang tamu anda 1 Syawal ini, terus beli HUAWEI Sound X di HUAWEI Store pada harga RM1,299. Confirm Aidilfitri anda akan lebih meriah. Maklumat lanjut layari laman rasmi HUAWEI


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments