Pelakon dan model, Ikmal Amry difahamkan masih kekal positif dan yakin apabila mengetahui kebanyakan peminatnya berasa senang hati selepas beliau melangsungkan pertunangan dengan pilihan hatinya, Najla pada hari raya ketiga tempoh hari.
Menurut Ikmal, beliau yang kerap berkongsi gambar bersama tunangnya di laman Instagram mengakui peminatnya menerima hubungan mereka dengan baik.
Meskipun begitu, selepas berkongsi foto pertunangan, pelakon itu turut menyedari wujud segelintir peminatnya bertindak untuk berhenti mengikutinya di laman sosial.
“Pada masa yang sama, saya sedar ada juga pengikut di media sosial bertindak untuk unfollow saya sejak gambar pertunangan saya dikongsi
Walau bagaimanapun, Ikmal dikhabarkan menerima perkara itu dengan sebaik mungkin. Hal ini demikian kerana, menurut pelakon itu, pertunangan dan perancangan untuk berkahwin adalah satu proses kehidupan seseorang manusia.
Terdahulu, Ikmal mengadakan majlis serba sederhana bagi meraikan hari pertunangannya susulan pandemik COVID-19. Malah, pasangan telah berkenalan hampir empat tahun ini juga merancang untuk mendirikan rumah tangga pada Disember 2020.
Sumber: Gempak
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments