#Hiburan: Diana Danielle Dedah Kehidupan Sebenar Anak Seni

Mengakui tahta anak seni bukan sahaja di kalangan artis semata-mata malah yang berada di belakang tabir juga turut tergolong, pelakon Diana Danielle tampil mempertahanakan permohonan penggiat seni untuk kembali melakukan penggambaran.

diana danielle

Menurutnya, selepas terpaksa diberhentikan ekoran penularan wabak COVID-19, golongan berkenaan difahamkan sedang menempuh fasa yang kritikal.

“Bukan semua dalam industri ni artis saja. Semua di belakang tabir juga anak seni. Minta fahami kenapa warga seni ni ada di antara kita yang memang struggle sungguh.

“Bukan mahu menagih simpati atau meminta lebih dari yang sepatutnya, tapi saya juga kenal ramai krew yang memang ‘freelancing’ atau jika ‘fulltime’ di bawah satu produksi pun jika tak ada kerja tak ada bayaran.

“Bayaran contohnya rm10k tapi dipecahkan kepada 3 kali bayaran selama 3-4 bulan, ada yang gaji mereka pun hanya 3-4 ribu juga dipecahkan kepada 3 kali bayar, berapa sangat untuk mereka nak bertahan kalau lama tak kerja kan,” tulisnya di laman Instagram.

View this post on Instagram

Thank you Abg Nizam for this write up @nizamzakaria. Betul. Bukan semua dalam industri ni artis saja. Semua di belakang tabir juga anak seni. Minta fahami kenapa warga seni ni ada diantara kita yg Memang struggle sungguh. Bukan mahu menagih simpati atau meminta lebih dari yg sepatutnya, tapi saya juga kenal Ramai crew yg Memang freelancing atau jika fulltime dibawah satu production pun jika tak ada kerja tak ada bayaran. Bayaran contohnya rm10k tapi dipecahkan kepada 3 kali bayaran selama 3-4bulan, ada yg Gaji mereka pun hanya 3-4 ribu JUGA dipecahkan kepada 3 kali bayar, berapa sangat utk mereka nak survive Kalau lama tak kerja kan… dan jika lambat bayaran mereka tiada persatuan yg betul2 mampu menangkan hak mereka. We are stuggling just like you all are too, we are in this together pun, bukan hanya di Malaysia tapi satu dunia. Jika tak dapat nak sambung shooting, apakah cara utk pastikan mereka yg kerja dalam bidang ni tidak terus terumbang ambing dan langsung tiada pendapatan.. harap kita dapat cari solusinya bersama.

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb) on

Tambah pelakon filem Magika itu lagi, beliau kini amat berharap supaya temui jalan penyelesaian bagi membantu golongan ini terus mampu menjana pendapatan.

“Dan jika lambat bayaran mereka tiada persatuan yang betul-betul mampu menangkan hak mereka. We are stuggling just like you all are too, we are in this together pun, bukan hanya di Malaysia tapi satu dunia.

“Jika tak dapat nak sambung shooting, apakah cara untuk pastikan mereka yang kerja dalam bidang ni tidak terus terumbang ambing dan langsung tiada pendapatan. Harap kita dapat cari solusinya bersama,” tulisnya lagi.

Sebelum ini, Dr. Ahmad Ibrahim selaku Presiden Persatuan Filem Malaysia (FDAM) membuat permohonan kepada kerajaan supaya meluluskan para penggiat seni untuk kembali bekerja semula selepas beberapa ditangguh susulan penularan wabak ini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments