Siapa sangka pada mulanya hanya sekadar dijual secara suka-suka, namum kini menjadi serius dan mendapat sambutan hangat dari pelbagai pihak.
Pelakon Ezzaty Abdullah, zahir rasa teruja apabila mi udang yang dijualnya digilai pelanggan khususnya pengikut di Instagram.
Malah, beliau yang tidak menang tangan di dapur itu terpaksa memadam status membuka tempahan yang dimuat naik di laman berkenaan ekoran menerima permintaan yang terlalu tinggi.
Tambah Ezzaty, pada mulanya beliau berkongsi hanya sekadar gurauan kerana tidak menyangka akan ada yang mahu membuat tempahan.
Malah Ezzaty juga dikhabarkan tekejut apabila statusnya yang dimuat naik tidak sampai 10 minit telah menerima kira-kira 60 mesej tempahan.
Namun, dirinya mengambil keputusan untuk memadam posting berkenaan kerana terlalu takut dan terkejut.
“Daripada 60 orang, saya Cuma ambil 35 pesanan kerana saya takut tak mampu memenuhi semua permintaan.”
Isteri kepada pelakon Azwan Kombos itu juga berkata, beliau mengambil keputusan untuk menjual mi udang kerana terpaksa menampung pembayaran gaji pekerja spa milik mereka.
“Kami orang seni tiada pendapatan. Saya ada bisnes spa tapi masih belum boleh beroperasi selagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih dilaksanakan.”
Ezzaty bagaimanapun akur dengan setiap ujian yang ditimpa malah tetap tidak mahu menggunakan duit simpanan mereka untuk membayar gaji pekerja kerana mahu digunakan untuk membeli rumah sebagai perancangan masa hadapan.
Sumber: mStar
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments