Pejam celik, pejam celik, sudah hampir sebulan kita berpuasa. Ha, tak lama lagi dah nak raya dah. Walaupun Aidilfitri tahun ini kita tidak dapat pulang ke kampung untuk berhari raya kerana PKP, anda pasti tidak akan terlepas daripada disoal oleh makcik/pakcik/nenek/atuk/sepupu.
Diorang sekarang semuanya berteknologi tinggi tau. Tak dapat jumpa face to face, mereka boleh video call korang untuk bertanyakan soalan-soalan “killer” ini:-
Bila nak kawin?
Jawapan standard: Makcik, jodoh tue kalau ada pastinya tak ke mana. Laki-laki sekarang semuanya bukan betul sangat. Ada kaki pukul, semayang tak cukup. Jadi kalau nak pilih buat suami, kenalah pilih betul-betul. Tak pasal-pasal baru kahwin setahun dah menjanda pulak nanti.
Jawapan yang sebenar nak cakap: Eh, anak makcik yang laki tue pun single lagi kan? Meh la saya kawin dengan dia. Kesian pulak tengok dia tak jumpa jodoh sampai hari nie. Boleh makcik?
Bila nak ada anak?
Jawapan standard: Kami dah berusaha dah makcik. Kalau ada rezeki, Insya Allah tak lama lagi. Doa-doakanlah
Jawapan yang sebenar nak cakap: Eh, eh sibuk pulak makcik nie. Tak habis-habis nak tanya soalan yang sama. Rilek la, aku banyak benda lagi kot nak pikir
Dah kerja belum?
Jawapan standard: Saya tengah mencari nie. Makcik tolonglah tanyakan kot-kot ada kerja kosong kat ofis kawan-kawan ke. Bolehlah saya hantar resume cuba nasib. Terima kasih makcik.
Jawapan yang sebenar nak cakap: Ingat hantar resume hari ini boleh dapat kerja esok? Dah penat aku turun naik tangga pejabat untuk interview. Ada rezeki ada la. Bukan aku mintak duit kau pun.
Bawak kereta apa?
Jawapan standard: Myvi je makcik. Bolehlah sampai mana-mana yang nak pergi. Minyak pun jimat. Syukur Alhamdulillah.
Jawapan yang sebenar nak cakap: Eh bukan dia dah tanya ke soalan nie tahun lepas? Mentang-mentang la anak dia baru beli Honda. Cis, berlagak bukan main. Sabar je lah ngan makcik aku seorang nie.
Insurans dah amik ke?
Jawapan standard: Dah makcik. Makcik tau saya ambik insurans yang termasuk dalam line telefon Digi Abadi? Meh saya ceritakan sikit:-
Dengan kerjasama AXA Affin Life Insurance Berhad, Digi menawarkan sebanyak 100,000 pek Digi Abadi yang merupakan pelan prabayar pertama dengan insurans hayat percuma. Plan ini hanya boleh didapati di Digi Online Store untuk mereka yang berusia 33-50 tahun sahaja.
Dengan bayaran hanya RM20 sebulan, saya memperolehi insurans hayat percuma sehingga RM40,000, internet pantas 3GB, panggilan & SMS serendah 10 sen dan perlindungan sepanjang 365 hari atau selagi pelan internet anda masih aktif.
Bukan itu sahaja makcik, lagi lama saya gunakan Digi Abadi ini, lagi banyak coverage yang dapat. Internet pun bertambah lagi. Siap ada perbelanjaan pengebumian lagi. Memang sesuai sangat untuk orang yang dah berusia macam makcik nie.
Jawapan yang sebenar nak cakap: Makcik tolong bukak website ni dan baca. Malas saya nak terang panjang-panjang. Baik saya gi dapur makan lemang.
PS: Jika anda membeli pek sim ini, tak payah nak risau. Tak sempat nak duduk, dioarang dah hantar depan rumah.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments