#Hiburan: Stacy Akui Seronok Duduk Rumah

Menguruskan hal rumah tangga dengan baik dan memberi sepenuh perhatian buat anak-anak, perkara itu cukup untuk membahagiakan hati penyanyi Stacy.

stacy

 

Mengakui masanya terlalu lapang sejak penularan wabak COVID-19 dan penguatkusaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Stacy dikhabarkan kini hanya berada di rumah sepenuh masa bersama suami dan anak.

Malah, menurut Stacy, ia merupakan perkara palin seronok apabila mendapat peluang bermain dan melayan kerenah kedua anaknya.

“Setiap hari, ada saja aktiviti menghiburkan. Malah, saya dan suami lebih banyak masa untuk berbincang mengenai perancangan masa depan.

Tambah Stacy, sejak “berkurung” di rumah, ikatan kasih sayang antara ahli keluarga mereka bertambah erat.

stacy

Hal ini kerana, setiap hari ada sahaja aktiviti yang menghiburkan, malah dirinya dan suami lebih mempunyai banyak masa berbincang mengenai perancangan masa hadapan.

“Apatah lagi, kami masih aktif dalam kerjaya seni dan ada syarikat pengurusan bakat. Maka, perancangan baharu harus difikirkan berikutan tak tahu bila pandemik ini akan reda.”

Bercakap berkenaan sambutan Aidilfitri tempoh hari, Stacy akui dirinya meraikan perayaan itu secara sederhana.

Kata Stacy, beliau banyak memberi fokus yang lebih kepada anak-anak terutamanya Bella yang berjaya puasa penuh pada tahun ini.

Menurut Stacy, mereka tidak menggunakan pendekatan “paksa puasa” namun anaknya sendiri tekad berpuasa penuh dengan rela hati.

Terdahulu, Stacy atau nama islamnya Ummu Shaikhah Stacy Anam dan suaminya Akim Ahmad telah melangsungkan perkahwinan pada Februari 2016 di Hotel Shangri La Tanjung Aru, Kota Kinabalu.

Sumber: Harian Metro


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments