Berkongsi beberapa keping foto terbaru menerusi laman Instagram, penyanyi berbakat besar, Ning Baizura akui terima terima beberapa komen daripada netizen berkenaan kulit wajahnya yang kini dikatakan semakin mulus dan cerah.
Ning yang terkenal dengan kulit sawo matang itu bagaimanapun turut menjelaskan bahawa kulit wajahnya berubah susulan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan pada 18 Mac lalu.
Kongsi penyanyi lagu Awan Yang Terpilu itu lagi, tidak melakukan aktiviti sukan di luar rumah menjadi salah satu punca mengapa kulitnya kini berubah menjadi cerah.
“Banyak orang Tanya ehhh kenapa Ning Baizura, semakin puteh ah- bukan ker kulit dia hitam manis??
“Sebenarnya saya mmg suka aktiviti bersukan diluar, tapiiiii sbb tak dpt keluar menjalankan aktiviti sukan pd siang hari.. time time PKP ni.. hmmmm letak lighting kuning, filter kuning.. aku masih puteh,” tulisnya.
Tambah Ning, beliau kini seakan redha apabila imejnya kini dikatakan sedikit berbeza jika mahu dibandingkan dengan kulitnya dahulu.
“Apa nak buat kita ikut paturan… nuat masa ni.. saya tak berkulit sawo matang atau hitam manis.. dia in between.
“So image lari sikit.. haahahah I hope you guys are staying safe ang being happy stay positive.. and keep giving.. insyaallah Allah will bless you and yr loved oes.. so now u know #ilovemyskin,” tambahnya lagi.
Meskipun karier nyanyiannya agak perlahan kebelakangan ini, namun menjengah ke ruangan komen, rata-rata para pengikutnya tetap memuji keayuan dan personaliti Ning yang tidak dimamah usia meskipun kini telah berusia 44 tahun.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments