Menggunakan gambarnya di Facebook dan memuat naik status seolah menjatuhkan maruahnya, penyanyi Syura Badron luah rasa kesal terhadap individu yang bertindak menyamar sebagai dirinya.
Menurutnya, kesalahan itu amat serius kerana semua status yang dimuat naik individu tidak bertanggungjawab itu menggambarkan seakan dirinya sangat terdesak untuk mencari pasangan.
Syura menegaskan yang dirinya sedia untuk mengambil tindakan selanjutnya andai perbuatan individu berkenaan melampaui batas.
Beliau juga difahamkan telah lama sedar akan kewujudan akaun palsu tersebut namun tidak terlalu mengambil kisah hal berkenaan, namun kini ia disifatkan terlalu melampau kerana menyamar sebagai dirinya di Facebook.
Hal ini kerana, status yang dimuat naik individu tersebut mampu menyebabkan orang luar berfikiran negatif ke atas dirinya.
“Kebanyakan status yang dikongsikan memperlihatkan saya seperti desperate sangat nak cari suami.”
Syura bagaimanapun telah meminta orang ramai khususnya pengikut di laman sosial untuk melapor terhadap pengendali Facebook ekoran hal berkenaan.
Bercerita soal jodoh, Syura kini bagai selesa dengan kehidupan bersama tiga cahaya matanya sekarang.
Biarpun agak lama bergelar ibu tunggal, namun Syura dikatakan tidak menolak untuk berjodoh dengan siap, malah telah memasang niat untuk berkahwin namun mungkin belum tiba masa yang sesuai.
Untuk rekod, Syura dan suaminya Mohd Fadhly Md Yassin telah berpisah pada Ogos 2015. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga orang anak iaitu Nurul Dania Irdani, Nurul Qaisara Sofia dan Muhammad Irfan Arya.
Sumber: mStar
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments