Selepas kira-kira setengah jam tidak dapat dihubungi, Isa Khan yakni tunang kepada pelakon Risteena Munim dikhabarkan bimbang dan panik.
Risteena bagaimanapun berkongsi hal berkenaan di laman Instagramnya malah seakan tidak menyangka tunangnya itu ragu andai beliau diculik atau diragut apabila tidak menjawab sebarang panggilan dan membalas mesej di aplikasi WhatsApp.
Risteena juga turut menyatakan, beliau dan tunangnya sebelum ini sentiasa akan berborak di telefon sepanjang perjalanan sehingga sampai ke destinasi tujuan.
“Tapi semalam kebetulan kereta polis banyak dan tak sempat nak ambil telefon dalam beg pun untuk tengok. Tak sangka hilang setengah jam pun tuning saya dah risau macam tu.”
Menurut Risteena, terbawa-bawa akan emosi risau tersebut, Isa difahamkan segera ke kediaman milik Risteena bersama-sama adiknya bagi melihat keadaan pelakon itu.
Pelakon drama Playboy Itu Suami Aku itu turut mendedahkan yang beliau amat tersentuh hati dengan cara bakal suaminya itu mengambil berat dalam memastikan dirinya sentiasa berada dalam keadaan selamat.
“Memang kena marah terus la lepas tu, apa lagi. Tak apa, sekurang-kurangnya saya tahu kalau saya hilang. Awak akan cari saya. My hero!”
Dalam pada itu, kakak kepada pelakon Ruhainies itu sempat memberi amaran kepada sesiapa yang cuba melakukan sebarang perkara yang tidak baik terhadapnya perlu berhadapan dengan tunangnya yang disifatkan sebarang seorang yang garang.
Untuk rekod, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan mereka di Bora Ombak, Putrajaya pada 6 Disember 2019, yang juga sama tarikh dengan ulang tahun kelahiran Risteena.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments