#Hiburan: “Kak Ogy Janji Bayar 16 Mei” – Khir Rahman Kesal Fauziah Ahmad Daud Tangguh Lagi Bayaran

Ingatkan sudah selesai isu bayaran kakitangan dan pelakon teater Korupsi Dewan Semandung tetapi masih ada lagi masalah yang tidak diselesaikan.

Khir Rahman selaku pengarah kepada pementasan teater ini menyuarakan kekesalannya terhadap penerbit iaitu Fauziah Ahmad Daud kerana telah memungkiri lagi janji untuk melunaskan bayaran tertunggak sejak beberapa bulan lalu.

bayaran korupsi dewan semandung ditangguhkan

Menurut Khir, Ogy telah menggunakan khidmat guaman dan menghantar surat bagi menyelesaikan bayaran tertunggak yang dijadualkan berlaku pada 16 Mei lepas. Tetapi mengecewakan apabila pada hari yang telah dijanjikan, sampai pula lagi satu surat untuk menangguhkan bayaran itu.

Difahamkan, penangguhan itu dilakukan kerana kekurangan dana bagi membayar semua kakitangan produksi yang sudah sekian lama menantikan bayaran ini.

Bagi meredakan kemelut yang kian mengusutkan ini, Khir meminta agar Ogy menjelaskan segala hutangnya dalam kadar segera selain menyatakan bahawa dana untuk sesuatu produksi seharusnya dicari sebelum ianya berlangsung bukan selepas tamat.

“Jangan guna kes-kes begini untuk mohon simpati mengaut untung perniagaan. Kami ni bukan pihak yang menekan Kak Ogy sebaliknya kami yang tertekan dengan palsunya janji-janji Kak Ogy.”

Luahnya lagi, kesemua tenaga kerja yang membanting tulang untuk pementasan tersebut telah memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada pelakon wanita itu. Tambahnya lagi, dia tidak pasti bagaimana Ogy akan menyelesaikan bayaran yang merangkumi promosi produksi selama dua minggu dan persembahan untuk tiga malam.

“Saya mohon agar Kak Ogy tunaikan amanah tanggungjawabnya sebagai penerbit. Saya doa agar kemelut ini segera selesai.”

bayaran korupsi dewan semandung ditangguhkan

Bukan sahaja Khir, malahan penulis skrip untuk teater Korupsi Dewan Semandung iaitu Aloy Paradoks juga menyatakan rasa kesalnya dengaan penangguhan bayaran ini.

“Saya belum lagi menerima baki gaji saya dari Kakak Pelakon Hebat Fauziah Ahmad Daud.”

Menurut Aloy, memang benar pembayaran yang dijanjikan telah ditangguh lagi bahkan dia juga tidak yakin bahawa janji tersebut tidak akan dimungkiri lagi.

Semoga isu ini selesai dengan secepat mungkin.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments