#Hiburan: Siri HUAWEI MateBook Yang Menerajui Trend Terkini Bagi Komputer Riba Akan Menjadi Milik Anda Bermula Hari Ini

huawei matebook x pro
Tercari-cari komputer riba (laptop) untuk menjalankan tugasan harian? Ha, tak payah pening-pening dah. Mulai hari ini, 16 Mei 2020, empat (4) laptop terkini, tercanggih dan terhebat yang menerajui trend terkini daripada HUAWEI iaitu HUAWEI MateBook X Pro, MateBook 13, MateBook D 14 dan MateBook D 15 sudah boleh dibeli di HUAWEI Store.

Dengan teknologi paling padu, fungsi-fungsi pintar dan hadiah PERCUMA untuk dibawa pulang, di bawah adalah beberapa sebab anda perlu miliki HUAWEI Matebook X Pro atau rakan-rakannya hari ini jugak:-

Trend Teknologi #1: Touch-screen dengan 3K resolusi dan paparan FullView

Perkara pertama yang Abang Nara tengok apabila ingin membeli laptop ialah skrin. Paparan skrin kenalah besar, jelas dan sedap mata memandang.

huawei matebook touch screen

HUAWEI Matebook X Pro ini bukan sahaja ada touch-screen, malah menyokong resolusi sehingga 3K. Bab warna jangan cakaplah. Memang nampak macam dunia sebenar. Layan movie memang kaw-kaw puas hati punyalah.

Sementara itu HUAWEI Matebook 13 pula mempunyai paparan skrin 2K FullView dengan fungsi Multi-touch dan Multi-screen.

huawei matebook 13

Bercerita tentang skrin MateBook D pula, ia hadir dengan 1080p Full HD IPS, perlindungan anti-silau dan mengurangkan “blue light” untuk menjaga kesihatan mata anda.

Senang cakap, memang power ah kesemua skrin Huawei MateBook ini.

Trend Teknologi #2: Ultra Slim, Ringan & Rekaan Bertaraf Dunia

huawei matebook

Perkara kedua paling penting dalam bab membeli laptop ialah berat. Takkanlah nak ke sana ke sini dengan laptop yang boleh buat bahu kita sakit kan? Mestilah nak yang nipis, ringan dan cantik rekaannya. Ketebalan HUAWEI MateBook X Pro hanya 14.6mm dengan berat seringan 1.33kg. Memang perfect untuk diletakkan di dalam beg dan di bawa ke mana sahaja.

huawei matebook

Bab rekaan jangan cakaplah. HUAWEI MateBook Pro mempunyai 91% screen-to-body ratio untuk meningkatkan lagi produktiviti anda.

huawei matebook 13

Sementara itu HUAWEI Matebook 13 menampilkan rekaan metalik dan minimal dengan keberatan hanya 1.3kg. Untuk HUAWEI Matebook D series pula, saiznya lebih kurang sama dan berat Cuma 1.38kg. Confirm seharian usung laptop pun tak rasa apa-apa.

Trend Teknologi #3: Rekaan Inovatif Dengan Kamera Tersembunyi

huawei matebook x camera

Keselamatan adalah perkara yang paling penting di dalam dunia teknologi sekarang. Kita biasa mendengar masalah kamera laptop di”hack” sehingga segala aktiviti kita dirakamkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Menyedari hal ini, kesemua HUAWEI MateBook mempunyai lokasi kamera tersembunyi yang boleh “timbul” apabila ingin digunakan. Memang unik!

Trend Teknologi #4: HUAWEI Share, Cara Mudah Untuk Berkongsi

huawei share

Pasti semakin ramai yang bekerja dari rumah kerana PKP telah pun dilanjutkan sehingga bulan Jun. Ha, dengan HUAWEI Share, kerja boleh menjadi semakin mudah untuk mereka yang menggunakan peranti HUAWEI yang dijana dengan EMUI10. Ini kerana dengan hanya satu “tap”, kita boleh berkongsi data, pindahkan fail, video dan apa jua dokumen dengan mudah.

Selain itu dengan HUAWEI Share anda juga boleh menghubungkan laptop dan telefon, seterusnya mengawal kedua-dua skrin pada satu masa. Bolehlah lihat dengan lebih jelas di skrin laptop HUAWEI MateBook yang besar dan taip dengan lebih pantas menggunakan keyboard. Best kan?

Trend Teknologi #5: Kuasa Yang Kekal Lama

huawei matebook x pro

HUAWEI MateBook X Pro dijana dengan bateri 56Wh, disokong pula dengan pilihan penjimatan tenaga, maka anda boleh menikmati 15 jam jangka hayat bateri tanpa perlu risau untuk mengecas komputer riba.

Trend Teknologi #6: 65W Type-C Adapter Mudah Alih

Kesemua komputer riba HUAWEI Matebook Series hadir dengan adapter pengecas 65W yang boleh digunakan untuk komputer riba dan juga telefon HUAWEI. Ia ringan dan mudah dibawa ke mana-mana tanpa memberatkan beg anda.

Trend Teknologi #7: Prestasi Yang Mengkagumkan

huawei matebook x pro

Huawei MateBook X Pro (2020) hadir dengan cip pemprosesan Intel Core i7-10510U, menyertakan memori sehingga 16GB RAM, storan sehingga 1TB NVMe PCIe SSD, dan dilengkapi dengan sokongan kad grafik NVIDIA GeForce MX250 GPU. Setakat nak main game, buat kerja, layan movie atau apa sahaja memang tiada masalah. Sepantas kilat!!!

huawei matebook 13
Sementara itu HUAWEI Matebook 13 pula dijana dengan Intel Core i5-8265U dan i7-8565U dengan sokongan kad grafik NVIDIA GeForce MX250 bersama kad grafik TDP Watt. Dari segi simpanan storannya pula, ia ditawarkan dengan memori 8GB RAM bersama 512GB ROM yang dikatakan mampu untuk beroperasi lebih laju dengan penawaran storan yang lebih besar.

Dengan penawaran spesifikasi ini pada HUAWEI MateBook 13, ia memberi peluang kepada anda untuk mendapatkan pengalaman penggunaan yang lebih baik. Dengan komputer riba ini, anda boleh membuka banyak fail dalam satu masa yang sama seperti Photoshop, PowerPoint dan sebagainya tanpa sebarang masalah lengah masa. Jadi, masa bekerja anda menjadi lebih efisyen dan lancar.

Trend Teknologi #8: Harga berpatutan dan banyak hadiah PERCUMA

Mesti ramai yang tertanya-tanyakan berapakah harga HUAWEI MateBook ini kalau spesifikasi pun dah power camnie? Ha, jangan risau. Harga memang berbaloi-baloi. Siap dapat banyak gila hadiah PERCUMA lagi. Korang tengok sendiri apa hadiah yang bakal anda bawak pulang.

huawei matebook x pro

Product Colour Product Specs Retail Price Free Gifts*
HUAWEI MateBook X Pro Space Grey and Emerald Green** i7/16G/1TB SSD/MX250 RM7,999 HUAWEI Sound X, HUAWEI Bluetooth Mouse, HUAWEI Backpack, HUAWEI Band 4
HUAWEI MateBook D 15 Mystic Silver R7/8G/512G/Vega 10 RM2,899 HUAWEI Bluetooth Mouse, HUAWEI Backpack, HUAWEI Band 4

huawei matebook 13 d 14

Product Colour Product Specs Retail Price Free Gifts*
HUAWEI MateBook 13 Space Grey i7/16G/512G/MX250 RM4,999 HUAWEI Sound X, HUAWEI Bluetooth Mouse, HUAWEI Backpack, HUAWEI Band 4
i5/16G/512G/MX250 RM4,499
R5/16G/512G/Vega 8 RM3,499
HUAWEI MateBook D 14 Mystic Silver R7/8G/512G/Vega 8 RM2,899

Yang mana satu menjadi pilihan anda? Maklumat lanjut layari HUAWEI Store.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments