Selepas empat tahun mendirikan rumah tangga, pelon Shah Iskandar akui bakal menimang cahaya mata sulung bersama isteri Siti Sarah, awal tahun hadapan.
Menurut laporan Harian Metro, Shah difahamkan menerima berita kehamilan isterinya selepas menjalani penggambaran di Uzbekistan dan Makkah pada awal Februari lalu.
Shah turut memanjatkan rasa syukur atas berkat doa yang tidak putus dari keluarga dan rakan-rakan.
Malah, beliau juga dikhabarkan agak risau dan bercampur teruja kerana tidak lama lagi bakal menjadi bapa.
Namun Shah turut menyatakan jantina bayi tersebut akan dapat diketahui pada bulan depan, malah langsung tidak kisah akan jantinanya kerana ia merupakan anugerah terbaik daripada Allah SWT.
Tambahnya lagi, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, beliau dan isteri banyak menghabiskan masa menelaah ilmu dan tips berkenaan keibubapaan.
“Kami berdua mangambil kesempatan PKP dan bulan Ramadan ini untuk duduk di rumah dan banyak membaca buku keibubapaan. Isteri juga kerap mengaji al-Quran selepas waktu sahur dan solat Subuh dan juga selepas berbuka puasa puasa dan Maghrib sambil menunggu Isyak.”
Shah juga bagaimanapun turut memberi bayangan berita tersebut di Instagramnya semasa menyambut ulang tahun kelahiran isterinya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikunya turut menzahirkan ucapan tahniah buat pasangan ini.
Untuk rekod, Shah dan isteri telah melangsungkan perkahwinan pada 16 januari 2016 di Singapura.
Sumber: Harian Metro
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments