Walaupun sambutan Syawal pada tahun ini berbeza buat semua rakyat Malaysia, pasti masih ada lagi keriangan dalam sambutan.
Namun, sambutan Syawal pada tahun ini untuk isteri Allayarham Abam Bocey, Nur Hidayah Mohd Ali ternyata suram dan dipenuhi kesedihan.
Saya rindu sangat dengan arwah Abam. Perkara yang saya paling rindu adalah persiapan raya yang memang arwah lakukan. Biasanya dia pergi beli langsir, baju raya dan sebagainya untuk raya tapi tahun ini sekelip mata semua itu sudah tiada
Tambahnya lagi, beliau tidak dapat menggambarkan kesedihan dan kesayuan melihat wajah anak kecilnya, Hamzah yang beraya tanpa kehadiran seorang bapa.
Persiapan raya untuk tahun ini sekadar untuk Hamzah saja sebab tahun pertama dia. Saya belikannya baju raya, songkok, tanjak dan sampin. Dia suka sangat tapi dalam kesukaannya itu, dia tetap menyebut ‘ayah’ ‘ayah’. Hanya Allah yang tahu perasaan saya
Ujarnya lagi, jika arwah masih ada lagi, arwah orang yang paling excited nak bersiap untuk beraya besrsama anak dan isteri.
Beliau juga meluahkan perasaan seakan-akan lumpuh separuh badan bila dalam sekelip mata sahaja, suami yang tercinta sudah tiada lagi.
Tetapi, apakan daya, Allah lebih menyayangi Arwah Abam Bocey. Hidayah dan Allahyarham Abam Bocey (Syend Umark Mokhtar Syed Ridzuan) telah mendirikan rumah tangga pada 2017 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata.
Sebak dan sayu hati Abang Nara apabila membaca luahan hati balu arwah Abam Bocey nie.
Bertabahlah Hidayah, segala yang terjadi adalah ujian dari Allah. Kami doakan agar Arwah Abam sentiasa dicucri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments