#Hiburan: Adik Isa Khan, Aliff Alli Didakwa Pukul Isteri Ketika Hamil

Pernah mendapat perhatian netizen awal Januari lalu, nama adik kepada pelakon Isa Khan iaitu Aliff Alli kembali hangat diperkatakan apabila didakwa melakukan keganasan terhadap bekas isterinya Aska Ongi.

aliff alli aska

Lebih perit, kejadian itu dikhabarkan berlaku apabila beliau bertindak melakukan keganasan kepada wanita berkenaan ketika sedang hamil anak mereka.

Menurut laporan mStar, Aska menyatakan bekas suaminya itu adalah seorang pemabuk dan mempunyai perangai buruk.

Malah Aska yang diwakili peguam, Sunan Kalijaga turut berkata, Aliff sebelum ini pernah melakukan perkara yang sama kepada Nora Alexandra iaitu bekas isterinya sebelum mengahwini Aska.

“Ya, dia dianiaya oleh bekas suami yang juga seorang pemabuk. Aliff juga pernah melakukan hal yang sama (keganasan rumah tangga) kepada bekas isterinya sebelum ini, Nora Alexandra.”

Tambahnya lagi, berhubung perkara tersebut, Nora juga dikhabarkan berbesar hati membantu bagi memberikan keterangan.

aliff alli pukul isteri aliff alli pukul isteri

Bimbang andai berlaku sebarang kejadian buruk, Aliff bagaimanapun tidak dibenarkan untuk bertemu dengan anaknya bersama Aska, malah bekas isterinya itu juga turut membuat laporan terhadap imigresen kerana Aliff tidak memiliki permit kerja yang sah.

Selepas dikurniakan cahaya mata pada 2 Mei 2019, sebuah portal melaporkan pasangan ini dikatakan mempunyai masalah rumah tangga.

Untuk rekod, pasangan ini mempunyai seorang cahaya mata perempuan bernama Ismillah Khan selepas melangsungkan perkahwinan pada 19 Disember 2018.

Malah, Aliff juga pada tahun 2016, Alif pernah mendirikan rumah tangga bersama model bernama Nora Alexandra namun ikatan itu gagal dan hanya mampu bertahan selama setahun sahaja.

Sumber: mStar


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments