#Hiburan: Gara-Gara #LathiChallenge, Mawar Rashid Edit 16 Jam, Hasilnya? Memang Gempak!

Kini, tular di media sosial apabila #LathiChallenge yang dipopularkan oleh aplikasi TikTok telah disahut cabarannya oleh pengguna aplikasi itu.

Ini termasuklah pelakon cantik manis, Mawar Rashid atau lebih mesra dipanggil Mekwa di kalangan peminat yang turut menyahut cabaran untuk melakukan video tersebut.

Beliau yang memang sudah terkenal dengan bakat menata rias wajah membuatkan #LathiChallenge itu tampak mudah namun sebenarnya ianya sangat susah!

Perkara itu telah dikongsi sendiri oleh Mawar melalui laman Instagramnya. Yang lebih menarik, Mawar menganggap cabaran tersebut agak istimewa kerana dilakukan dalam versi Thailand.

 

View this post on Instagram

 

Nahhhh!! FINALLY… #LathiChallenge yang korang tertunggu2 ? tapi versi siam.. tulisan kat muka pun bahasa thai ? . . . Sooo! Cerita sebalik video yang korang duk request siap merayu2 nak sgt Mekwa buat version Mekwa ni ???cerita dia.. Mekwa and abang2 Mekwa Plan satu hari je nk buat video ni.. . . 4jam plan, 6jam shoot, settle kul 6 pagi ok? edit 16jam weeiii.. . . Mekwa buat special sikit, pakaian traditional Indonesia ?? ke pakaian traditional thailand ?? . Sebab Mek kan HALF THAI. HEHEHHE . . Hasilnya!!!! Mekwa sendiri pon inlove gila, sumpah x pecaya boleh buat video camniiii..??? Thanks to Abang Mekwa @eddyrafuanrashid , sebab tolong plan, Shoot and Edit video ni. 99% edit by him and 1% touch up edit by me ? Aunty Mekwa, @icu_maryana tolong Adik pakaikan baju ni, buatkan rambut lah sampai aunty tido pukul 6pagi.. Susah and berat pulak nk pakai Baju Thai ni? siap tolong tuliskan bahasa thai kat muka ? mekwa tak reti tulis bahasa thai. Kikiki? And thank you gfan @arfanrashid tolong sewakan baju thai ni dalam masa satu hari g sewakan baju utk adikkk!! Thank you for making this happened guys . Blanje emoji sesuai kat Mekwa okay! And tag kawan korang yang been talking about this #lathichallenge . . Song Lathi by @sarafajira Video inspired by @jharnabhagwani . . Baju @mawarosehq #lathichallenge #lipsynchallenge #thaitraditional #makeup #viral #mawarose #makeuptutorial

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on

Menurut Mawar, cabaran Lathi itu mengambil masa lebih 16 jam untuk proses edit, manakala untuk proses penggambaran mengambil masa sehingga 6 jam. Betul-betul memerlukan kesabaran dan komitmen yang tinggi!

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat tontonan sehingga 400,000 dan mendapat pelbagai reaksi peminat yang rata-ratanya kagum dengan bakat serta kebolehan Mawar menata rias wajah.

Sebagai info, #LathiChallenge telah menjadi tular kerana menampilkan lagu yang unik serta penggunaan pakaian tradisional dan diakhiri dengan imej akhir yang seram.

Sumber: Astro Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments