Disifatkan sebagai insan yang sangat disanjungi, pelakon Zarina Zainuddin kongsi keindahan hidup bersama madunya iaitu Datin Seri Noorhasimah.
Menurut Zarina, isteri pertama suaminya itu banyak mengajar dan membimbingnya ke jalan yang benar malah menyifatkan wanita berkenaan sebagai seorang yang setia di sisi saat beliau kehilangan datuk dan neneknya.
Berita itu dikongsi Zarina di laman Instagram miliknya.
Zarina juga turut meluahkan kasih dan sayang yang diberikan kepada suami adalah sama rata dengan sayangnya kepada wanita terbabit.
Tambahnya lagi, Noorhasimah juga banyak membantunya dalam bidang perniagaan.
“Diizinkan saya berkongsi kasih dengannya saya yg tak pandai di ajar saya berniaga saya diberi carum eps saya ada diberi gaji bulan bulan sampailah sekarang saya ada epf ini semua berkat saya bekerja dengannya dulu.”
Dalam pada itu, beliau juga akui yang dirinya tidak begitu pandai namun tetap cekal dan tidak berputus asa dalam menjalani kehidupan sebagai pasangan bermadu.
Zarina bagaimanapun dilihat seakan menyeru orang ramai untuk menghargai segala yang ada di depan mata. Hal ini kerana, andai perkara itu pergi ia hanya tinggal kenangan yang menggamit rasa.
Untuk rekod, Zarina telah melangsungkan perkahwinan ini dengan suaminya Datuk Seri Raihan Wan Jaafar pada 13 Juali 1993.
Menerus perkahwinan itu, beliau dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Naim Azrai dan Muhammad Adam Azrai serta pasangan kembar Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments