Sedih melihat keadaan insan yang kurang bernasib baik, usahawan kosmetik terkemuka, Nur Sajat tampil menghulurkan bantuan makanan kepada keluarga susah dan golongan terkesan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana COVID-19.
Sajat dalam perkongsiannya di Instagram berkata, beliau amat sedih dan sayu apabila berkesempatan menziarahi sebuah keluarga daif dan susah.
Malah usahawan kontroversi itu juga difahamkan seolah tidak percaya ada keluarga yang tinggal di kediaman seperti itu.
Menurutnya, ia merupakan aturan Allah mempertemukan dirinya bersama keluarga berkenaan. Malah beliau juga berkata, beliau mengetahui tentang keluarga tersebut daripada pelanggannya.
Pilu akan nasib yang menimpa keluarga ini, Sajat mengesahkan yang dirinya akan menyediakan tempat tinggal baru demi melihat keluarga itu hidup dengan lebih selesa.
“Tak apa lah tiap tiap bulan biarlah Sajat bayar semua sewa rumah baru itu nanti. Tak sanggup Sajat melihat keadaan rumah usang yang macam ini. Hanya Allah sahaja yang tahu keadaan mereka.”
Mengakhiri penulisannya di entri berkenaan, penyanyi lagu “Abang Nak Tegur” ini turut menyeru orang ramai untuk berdoa supaya dirinya dapat membantu lagi golongan yang kurang bernasib baik, sekali gus meringakan lagi bebanan yang menimpa mereka.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments