Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tidak gentar dan tunduk pada fitnah yang memburukkan institusi diraja Johor.
JOHOR BAHARU – Sultan Johor murka berikutan wujud dakwaan baginda terlibat dalam perniagaan kilang yang mengakibatkan pencemaran di Pasir Gudang.
Mengingatkan semua pihak supaya berhenti mempolitikkan isu tersebut, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dimaklumkan ada pihak tertentu yang cuba “memfitnah” baginda.
“Sila bawa bukti yang sahih jika benar saya terlibat dalam perniagaan kilang itu kerana saya tidak pernah gentar dan tunduk pada fitnah yang memburukkan institusi diraja Johor,” kata baginda dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.
Pada 12 Mac lalu, baginda murka ekoran tindakan membuang sisa kimia ke Sungai Kim Kim dan baginda mahu pihak berkuasa mengambil tindakan segera.
Rabu lalu, Menteri Pendidikan Maszlee Malik mengarahkan semua 111 sekolah di kawasan sekitar ditutup bagi mengelakkan pelajar terhidu udara tercemar.
Sebanyak 92 tadika dan taska, dua pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) juga ditutup.
The post Sultan Johor berang ‘difitnah terlibat kilang kimia’ cemarkan Pasir Gudang appeared first on Malaysian Review.
sumber: Malaysiareview.com via #superpantas
0 Comments