Khabar angin tentang pengarah terkenal, Syamsul Yusof telah bernikah secara senyap dengan orang ketiga yang dikaitkan dengan rumah tangganya, Ira Kazar menjadi bualan hangat netizen.
Sehingga kini, Syamsul masih mengunci mulut daripada memberikan apa-apa komen kepada wartawan dan pihak media berhubung hal tersebut.
Bagaimanapun, status dimuat naik ibu Syamsul, Datin Fatimah Ismail di Instagram story juga menjadi tanda tanya apabila dia seolah-olah menujukan kenyataan itu terhadap seseorang.
Status itu dimuat naik berlatar belakangkan gambar Puteri Sarah Liyana bersama dua anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah berpakaian serba putih.
Mereka perlukan sokongan seorang ayah namun ada tangan kejam yang memisahkan.”
Terdahulu, Fatimah turut memuat naik foto di Instagram dan memberikan bayangan seolah-olah tidak merestui hubungan anaknya bersama orang ketiga, jika benar mereka sudah bernikah.
Menerusi hantaran tersebut, ramai warganet memberikan komen masing-masing berkenaan khabar angin tersebut dan bertanya sama ada ia benar.
Dalam pada itu, ramai turut mendoakan agar kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah dapat diselesaikan dan hubungan mereka kembali terjalin.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post ”Mereka Perlu Seorang Ayah, Ada Tangan Kejam Pisahkan” – ‘Upload’ Gambar Cucu Di IG Story, Ibu Syamsul Yusof Maksudkan Siapa? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments