Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali mengakui dirinya terluka dan kecil hati setelah menerima pelbagai kecaman dan komen jahat daripada netizen yang mengkritik kualiti nyanyiannya ketika berada di atas pentas.
Ujar Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali,30, dia sudah berikan yang terbaik namun terganggu dengan pelbagai dugaan seperti tidak cukup rehat sehingga menjadikan persembahannya sedikit sumbang.
Tambahnya lagi, dia tidak suka-suka menyanyi dengan teruk namun segalanya sudah terjadi dan hanya perlu ‘move on’.
Dalam pada itu, Nabila berkata dia memilih untuk memekakkan telinga ke atas semua kritikan yang diterimanya kerana tidak mahu ia menganggu perjalanan seninya.
Saya tolak tepi semua kecaman, kalau saya fikir apa orang cakap nanti saya akan dekat situ sahaja. Menyanyi ini saya minta sejak kecil, jadi kenapa saya perlu nak dengar cakap orang.
Saya tak marah atau sakit hati tetapi kesal dengan ayat-ayat yang ditinggalkan seolah-olah mereka ini tiada adik beradik atau kawan-kawan.
Nabila juga mendedahkan bahawa dia ada memasuki kelas vokal demi memperbaiki kelemahannya dan memberi yang terbaik buat peminat.
Teruskan mencuba Nab oiii ??? pic.twitter.com/2VHW2qUilS
— aLeL ? (@AzlilAdzif) November 30, 2022
Terdahulu, nama penyanyi itu menjadi bualan netizen apabila dia dilihat sumbang ketika menyanyikan lagi Aku Terluka yang juga single terbarunya di sebuah majlis.
Video itu kemudiannya menjadi tular dan mendapat banyak kritikan dan kutukan daripada warga maya yang memintanya untuk mencari kerja lain selain menjadi penyanyi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Dah Memang Takde Bakat” – Nabila Razali Akui ‘Terluka’ Terima Komen Sinis Netizen, Minta Jadi Pelakon Saja first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments