Beberapa hari yang lalu, tular kisah seorang ibu muda meninggal dunia setelah melahirkan anak ke-11 dan puncanya adalah kerana komplikasi plasenta tahap 4.
Turut difahamkan, anak ke-11 itu merupakan pembedahan secara caesarean atau caesar untuk kali yang kelapan buat wanita terbabit.
Kes ini telah mendapat perhatian ramai, bukan saja daripada kalangan netizen, malah pegawai kesihatan turut meninggalkan reaksi mereka serta pandangan mengenai kisah tersebut.
Menurut seorang individu yang dikenali sebagai Dr Wan di platform TikTok, pembedahan caesar tidak boleh dilakukan lebih daripada 3 kali dan itu adalah perkara yang telah dipelajari olehnya.
Tambahannya, pembedahan caesar yang dilakukan lebih daripada 3 kali boleh meningkatkan risiko terhadap ibu mahupun anak dalam kandungan.
Sekali caesar akan lemahkan otot rahim dan kehamilan seterusnya akan risiko pecah rahim.
Dalam pada masa yang sama, Dr Wan juga berkongsikan kelebihan seandainya ibu bersalin secara normal, di mana paru-paru serta kesihatan ibu dan anak lebih terjaga. Malah, komplikasi untuk ibu bersalin juga berkurangan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
The post (VIDEO) Tak Boleh Bersalin ‘Czer’ Lebih 3 Kali, Pegawai Kesihatan Perjelas Sebabnya.. first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments