Seperti diketahui ramai, penyanyi dangdut hebat iaitu Mas Idayu telah pun mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa tiga bulan lalu.
Pasangan tersebut sememangnya kelihatan amat bahagia bersama dan darah ‘pengantin baru’ masih kekal hingga ke hari ini.
Baru-baru ini, ketika ditemubual oleh pihak media, Mas Idayu memberitahu dirinya yang kini sudah mencecah umur 50 tahun elak dari hamil biarpun masih mempunyai peluang untuk menimang cahaya mata.
View this post on Instagram
Menurutnya, dia enggan mengambil risiko yang boleh membahayakan kesihatannya kerana niat penyanyi tersebut berkahwin hanyalah mahu bergembira bersama suami, bukannya untuk sakit.
Bukan peluang (hamil) itu tiada, tapi saya sedikit menghalang supaya saya kekal sihat.
Bukannya mahu menolak rezeki Allah SWT, namun Mas Idayu berkata sebolehnya dielakkan jika boleh dirancang kerana bimbang memikirkan risiko yang perlu dihadapi.
Sekadar info, sebelum ini Mas Idayu pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Aman Graseka pada tahun 1997 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Dayini Ashiqah tetapi bercerai sekitar tahun 2006.
The post “Bukan Tiada Peluang..” – Mas Idayu Akui Masih Boleh Hamil, Tapi Tak Mahu Ambil Risiko first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments