#Hiburan: Neelofa Dedah Rutin Doa Pu Riz – “Kita Sampai Lenguh Tangan, Satu Buku Terus Dia Baca”

Selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa mendedahkan doa-doa harian yang diamalkan olehnya dan suami, Haris Ismail atau PU Riz.

Menerusi sesi siaran langsung di laman TikTok, Neelofa berkata antara doa yang diamalkan oleh suaminya ialah daripada buku Al-Mathurat.

Advertisement

Saya sebagai saksi yang hari-hari duduk dengan dia. Kalau solat berjemaah, dia punya doa ni, kita sampai lenguh tangan.

Tahu tak buku Al-Mathurat pagi? Kalau zikir pagi atau petang kan, satu buku teruslah dia baca. Tapi tanpa buku pun dia dah hafal dah.

Menurut aktres berusia 33 tahun itu, dia akui tidak biasa dengan perkara itu namun lama-kelamaan lebih mengetahui tentang betapa pentingnya menghafal doa-doa dalam Al-Quran dan hadis.

Kalau kita ada ilmu doa-doa daripada hadis dan Al-Quran ni, kira rasa lebih secure dan confident untuk berdoa.

Banyak sebenarnya doa-doa yang kita boleh amalkan dalam kehidupan seharian, kemudian on top of that kita tambah doa kita sendiri.

Dalam pada itu, PU Riz memaklumkan dia mengikut doa-doa yang telah dihimpunkan oleh para ulama dan mengambil masa untuk menghafalnya.

@lofa.world

?? #Neelofa #HarisIsmail #HarisNeelofa #fyp? #FYP

? original sound – lofa.world – lofa.world

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

23 jam lalu

Sambung Belajar Sampai 'Master', Farisha Iris Dilabel 'Andartu' - "Orang Lain Anak Dah 3"

The post Neelofa Dedah Rutin Doa Pu Riz – “Kita Sampai Lenguh Tangan, Satu Buku Terus Dia Baca” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments