#Hiburan: Sambung Belajar Sampai ‘Master’, Farisha Iris Dilabel ‘Andartu’ – “Orang Lain Anak Dah 3”

Penyanyi, Farisha Iris akui dia tidak kisah untuk menghabiskan masa usia mudanya dengan menuntut ilmu sehingga ke peringkat tinggi.

Farisha atau nama sebenarnya Farisha binti Asmadi mendedahkan perkara itu selepas ada segelintir pihak yang mempersoalkan keputusannya untuk menyambung pelajaran ke peringkat ‘Master’.

Advertisement

Menurut individu tersebut, penyanyi berusia 23 tahun itu mungkin akan menjadi anak dara tua atau ‘andartu’ kerana terlalu sibuk dengan pengajian.

Ini study sampai master ke sampai tua.

Malah, individu berkenaan turut membezakan kehidupan Farisha dengan wanita lain yang mana mereka semua sudah bahagia mendirikan rumah tangga dan dikurniakan anak kecil.

Orang lain anak 3, you andartu.

Tidak berdiam diri, Farisha menegaskan dia lebih rela dilabel ‘andartu’ daripada bersama dengan lelaki yang bermasalah.

Belajar sampai tua. Okay la tu, dari stress dengan lelaki tak guna.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

3 jam lalu

"Yang Penting Dia Belum Kahwin & Tak Ada Anak" - Siti Saleha Mengaku Joshua Fitton Jejaka 'Mix' Yang Dimaksudkan

The post Sambung Belajar Sampai ‘Master’, Farisha Iris Dilabel ‘Andartu’ – “Orang Lain Anak Dah 3” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments