#Hiburan: “Tak Perlu Menunjuk Bahagia Tu Sangat” – Sering Kongsi Video Romantis, Ramai Meluat Tengok Da’i Syed Dan Isteri

Baru-baru ini, pasangan yang baru saja mendirikan rumah tangga iaitu Da’i Syed dan isteri, Hana Ismail telah mencuri perhatian ramai apabila pendakwah berkenaan berkongsikan video isteri mengajak bermain hujan di luar rumah.

Dapat dilihat dalam video berkenaan, pada awalnya Da’i Syed menolak ajakan, namun ditarik isteri bermain bersama di mana ia disifatkan sebagai sunnah Rasulullah SAW.

Advertisement

Biarpun ramai ‘cair’ melihat video romantis pasangan tersebut, ada juga beberapa netizen yang berasa kurang senang apabila pendakwah itu sering berkongsikan video-video sweet sejak berkahwin dengan isteri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SYED IQMAL ? (@daisyed_)

Menurut beberapa netizen, biarpun mahu berkongsikan kegembiraan bersama peminat, tapi ia perlulah berpada-pada dan tidak perlu terlalu menunjuk kepada umum.

komen netizen

komen netizen

komen netizen

Dalam pada masa yang sama, mereka turut meluahkan rasa ‘meluat’ melihat karenah pasangan tersebut yang sering kali mahu berkongsikan video romantis dalam media sosial.

Sekadar info, Da’i Syed dan Hana Ismail telah mendirikan rumah tangga beberapa minggu lalu dan difahamkan, tempoh berkenalan mereka hanya dalam jangka masa sebulan sahaja sebelum masing-masing bersetuju untuk disatukan sebagai suami isteri.

1 minggu lalu

Hanya Sebulan Tempoh Perkenalan, Hana Ismail Terima Da'i Syed Selepas Solat Istikharah Seminggu

The post “Tak Perlu Menunjuk Bahagia Tu Sangat” – Sering Kongsi Video Romantis, Ramai Meluat Tengok Da’i Syed Dan Isteri first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments