Sedia maklum, ketika ini seluruh Malaysia masih lagi berkabung dengan tragedi tanah runtuh yang berlaku di Batang Kali pada minggu lalu.
Dikala ramai yang bersimpati atas keluarga mangsa, masih ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan atas kesempitan yang berlaku terhadap ahli keluarga mangsa.
Menurut Astro Awani, pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut telah melancarkan tabung sumbangan yang kononnya untuk meringankan bebanan keluarga mangsa.
Difahamkan daripada Tai Seng Fui, anaknya Chang Lin, menantu Yu Siew Pay serta dua cucunya masih belum dapat ditemui setakat ini.
Namun begitu, ahli keluarganya telah mengesan bahawa ada individu yang melancarkan tabung sumbangan serta upacara sembahyang di Facebook tanpa pengetahuan mereka sama sekali.
Lagi membuatkan hal itu sangat tidak bertimbang rasa apabila individu berkenaan menggunakan gambar tokong untuk upacara sembahyang yang di ambil dari carian Google.
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.
The post “Kami Tak Pernah Dihubungi Mana Pihak Untuk Kutip Dana” – Keluarga Mangsa Batang Kali Kecewa Ada Ambil Kesempatan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments