#Hiburan: “Kenapa La Ada Yang Begitu Benak” – Dituduh Tak Cuci Baju Kotor Anak Tiri, Izreen Azminda & Suami Tampil ‘Sekolahkan’ Netizen

Baru-baru ini, pelakon Izreen Azminda berang kerana dituduh oleh seorang individu yang menyatakan dia malas membasuh baju anak tirinya.

Perkara itu terjadi apabila seorang individu tampil memberi respons negatif kepada Instagram Story yang dimuat naik oleh Izreen berkaitan caranya mengemas baju.

Advertisement

Baju kotor tak cuci? Luangkan masa dengan bapa tapi baju kotor mak dia kena cuci? Saya rasa tak adil. Luangkan masa dekat sana sepatutnya kenalah kasi balik dengan bersih dan senang kan.”

Susulan tuduhan yang dilemparkan, pelakon itu tidak berdiam diri dan membalas dakwaan tersebut dengan menunjukkan bukti yang menjelaskan perkara sebenar.

Dalam pada itu, suami kepada Izreen turut mempertahankannya dengan berkata bahawa segelintir netizen tidak berfikir sebelum bertindak melakukan sebarang perkara.

Otak ada tapi tak gunakan sebaik-baiknya…Itulah perangai segelintir netizen sekarang ni…”

Sekadar info, Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam telah mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Radzi Abdul Wahid pada 8 Ogos 2017 secara rahsia yang ketika itu Radzi masih bergelar suami kepada Intan Liana.

netizen perli Izreen Azminda
5 bulan lalu

"Balasan Untuk Kau" - Izreen Azminda Akui Kurang Berlakon Tapi Kena Perli Dengan Netizen Isu ‘Penyondol’

The post “Kenapa La Ada Yang Begitu Benak” – Dituduh Tak Cuci Baju Kotor Anak Tiri, Izreen Azminda & Suami Tampil ‘Sekolahkan’ Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments