#Hiburan: “Dua-Dua Toksik, Hipokrit” – Dakwa Kebenaran Akan Terbukti, Puteri Sarah Bagi ‘Hint’ Syamsul, Ira Dah Nikah?

Sedia maklum, kemelut diantara pasangan selebriti Puteri Sarah dan suami, Syamsul Yusof berserta orang ketiga iaitu Ira Kazar masih lagi berterusan biarpun sudah berlaku sejak beberapa bulan lalu.

Terbaharu, Puteri Sarah ada memuat naik status di IG Storynya seakan-akan memberi bayangan bahawa Syamsul dan Ira sudah pun berkahwin secara senyap, ia sekaligus menjawab gosip bualan netizen sebelum ini.

Advertisement

Di dalam status yang dilakukan oleh pelakon filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie, dia seperti sedang memerli kedua-dua individu berkenaan.

ig story puteri sarah

Susulan itu, pihak BH Online telah menghubungi pelakon terbabit untuk bertanya soal perkahwinan secara senyap-senyap diantara suaminya serta Ira, tetapi Sarah hanya gelak di hujung talian.

Soalan ni lebih sesuai ditanya kepada Syamsul dan kekasih, lebih sesuai empunya diri buat penjelasan.

Apabila ditanya pula status di Instagram itu ditujukan kepada individu mana, pelakon tersebut hanya berkata siapa makan cili, dia terasa pedasnya.

Sarah juga menjawab dirinya menyerahkan hubungan perkahwinan mereka kepada kuasa Allah dan sudah lama reda dengan segala keputusan serta tidak mahu menoleh kebelakang lagi.

Terdahulu, Puteri Sarah memfailkan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berserta dua aduan pejabat agama kepada penyodol, Ira Kazar kerana telah menganggu ketenteraman rumah tangganya.

Puteri sarah saman ira kazar
6 bulan lalu

"Saman Tetap Saman!" - Puteri Sarah Tak Rasa Pelik Kalau Syamsul Yusof Bayarkan Saman Ira Kazar

The post “Dua-Dua Toksik, Hipokrit” – Dakwa Kebenaran Akan Terbukti, Puteri Sarah Bagi ‘Hint’ Syamsul, Ira Dah Nikah? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments