Sering dilabel sebagai seorang penyanyi yang asyik ‘terkucil’ ketika menyanyi di atas pentas, Nabila Razali memberitahu dia tidak pernah berhenti untuk memperbaiki kelemahan diri.
Menurut sumber, Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 30, mendedahkan dia sentiasa menghadiri kelas vokal untuk meningkatkan kualiti nyanyian.
Selepas insiden ‘terkucil’ yang berlaku sebelum ini, Bella mula belajar tentang lagu apa yang sesuai dengan vokal…
…Bella juga tak pernah berhenti daripada menghadiri kelas vokal sebab saya mahu buat yang terbaik. Saya tak mahu orang bosan dengan saya dan kata saya tiada kelebihan sebagai penyanyi.”
Bercerita lebih lanjut, pelantun lagu Aku Terluka itu turut menyatakan bahawa dia menerima kecaman dalam satu lagu duetnya bersama penyanyi Indonesia, Keisya Levronka.
Walau bagaimanapun, Nabila mengakui berasa bangga kerana diberi peluang bekerjasama dengan Keisya serta tidak membiarkan kecaman mematahkan semangatnya.
Memang sambutan bagus tapi masih ada juga yang kecam kata Bella tak perlu berduet dengan Keisya…
…Pada pendapat saya, kecaman memang tak boleh nak halang tapi saya fokus kepada orang yang sokong dan menantikan karya baru daripada saya.”
Terdahulu, Nabila pernah dikritik selepas videonya berlari-lari dan berpegangan tangan di pantai bersama Aedy Ashraf dimuat naik di TikTok.
The post Dilabel Sebagai Penyanyi ‘Terkucil’, Nabila Razali Akui Hadir Kelas Vokal Untuk Tingkatkan Kualiti Nyanyian first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments