#Hiburan: Nadia Brian Kecewa Penampilan Seksi Lebih Jadi Perhatian Daripada Karier – “Susah Payah Aku Kerja, Tidur Pun Tak Cukup…”

Namanya sering dikaitkan dengan kontroversi berpakaian seksi dan menjolok mata sehinggakan berita sebegitu lebih meluas daripada tentang cerita pembabitannya dalam sesebuah drama.

Malah ada yang menganggap Nadia Brian lebih seksi dan semakin berani dalam berfesyen selepas bercerai dengan bekas suaminya, Muizz Nasruddin.

Advertisement

3 bulan lalu

"Siapa Suruh 'Reject' Kita Dulu" - Nadia Brian Dituduh Rindu Mamat, Sengaja Buat Silap Dalam Video TikTok

Terbaru, pelakon berusia 31 tahun itu meluahkan rasa kecewa kerana gaya penampilannya sentiasa menjadi bahan berita dan bualan hangat berbanding kerjayanya.

Menerusi Instagram, Nadia berkata dia bersusah payah untuk berlakon sehingga tidak cukup tidur namun perkara itu tidak diendahkan.

Susah payah aku berlakon, kerja sampai waktu tidur pun tak cukup takda pula nak buat news.”

Nadia bagaimanapun berterima kasih kepada semua peminatnya yang masih dan sentiasa menyokong serta mengambil berat tentang dirinya.

Menjengah ruangan komen pula, ramai memberi respon dan pandangan masing-masing berhubung luahan dan rasa terkilan Nadia itu.

Rakan artis dan sesetengah netizen bersetuju dengan kenyataan Nadia serta berkata mereka faham mengapa dia berasa begitu. Segelintir juga memuji Nadia dan berkata mereka nampak bagaimana dia bekerja keras dalam industri seni.

Meskipun begitu, sesetengah individu berpendapat pakaian dan lakonan adalah aspek yang berbeza selain menasihati Nadia untuk lebih sopan dalam berfesyen.

Sabar la sis. Kita suka lakonan sis tapi tak berapa gemar fashion sis. Dua aspek yg berbeza.”

The post Nadia Brian Kecewa Penampilan Seksi Lebih Jadi Perhatian Daripada Karier – “Susah Payah Aku Kerja, Tidur Pun Tak Cukup…” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments