Mempunyai kenderaan sendiri merupakan salah satu nikmat dalam kehidupan, kerana ia akan memudahkan segala pergerakan ataupun urusun seisi keluarga.
Baru-baru ini, di platform TikTok tular satu video memaparkan telatah seorang kanak-kanak perempuan malu menaiki kenderaan lama bapanya.
Kerana malu menaiki kenderaan lama itu, budak perempuan itu merajuk dan terlihat mukanya monyok kerana tidak sanggup menaiki kereta lama terbabit.
Kereta tu buang dekat tong sampah. Malu dengan kereta ni!
Semasa karenahnya itu dirakam oleh si ibu, kanak-kanak itu meluahkan rasa malu menaiki kenderaan tersebut sambil pandang kearah luar tingkap.
Susulan video terbabit menjadi viral di platform berkenaan, terdapat pelbagai komen yang ditinggalkan oleh para netizen dan antaranya meminta agar kanak-kanak tersebut untuk belajar erti bersyukur.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
The post “Nampak Lawak Tapi Pedih..” – Budak Perempuan Luah Segan Naik Kereta Lama Ayah Sebab Buruk first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments