Tragedi tanah runtuh dilaporkan telah berlaku di Father Organic Farm, Jalan Genting pada pagi Jumaat.
Lapor Sinar Harian, dua dilaporkan meninggal dunia manakala 51 lagi masih belum ditemui dalam insiden berkenaan yang difahamkan terjadi kira-kira jam 2.24 pagi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerusi sebuah kenyataan memaklumkan bahawa pasukan penyelamat telah dikejarkan ke lokasi kejadian dengan segera setelah menerima panggilan kecemasan.
[TERKINI] Dua dilaporkan maut setakat ini, namun polis masih belum sahkan identiti mangsa terlibat dalam kejadian Tanah runtuh di Jalan Batang Kali, Gentinf Highlands.
Jumlah mangsa 79 orang, 15 pekerja tapak perkhemahan.
Laporan awal 34 mangsa berjaya diselamatkan.
@501Awani pic.twitter.com/1wmNDEiFNF— Afiezy Azaman_AWANI (@AfiezyAzaman) December 16, 2022
Kejadian tersebut telah berlaku di tepi jalan berhampiran Father Organic Farm dan telah menghempap tapak perkhemahan yang berada berdekatan dengan jalan tersebut.
Ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan sebesar tiga ekar.
Setakat jam 7 pagi ini, pihak mereka dimaklumkan bahawa seramai 79 mangsa berada di tapak perkhemahan tersebut di mana 23 orang dalam keadaan selamat, dua orang meninggal dunia, tiga cedera dan 51 orang masih tidak ditemui.
Usaha mencari dan menyelamat masih lagi diteruskan sehingga kini dan turut dibantu agensi lain iaitu Persatuan Bomba Sukarela, Polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pasukan SMART.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post (TERKINI) Tanah Runtuh Di Batang Kali, Dua Maut Dan Lebih 50 Mangsa Masih Belum Ditemui first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments