Tempat berteduh merupakan satu perkara yang penting dalam kehidupan manusia, hilangnya dalam sekelip mata memang memberi kesan yang amat mendalam serta tamparan hebat buat seseorang.
Itulah yang dialami oleh sebuah keluarga ini apabila rumah yang sudah didiami selama 40 tahun dirobohkan oleh pihak berwajib atas sebab rumah tersebut dibina di tanah berstatus lesen penduduk sementara atau TOL.
Menurut salah seorang penghuni, tuan rumah sudah pun membuat permohonan kepada pejabat tanah untuk menukar status tersebut, namun urusan mendapatkan geran gagal.
Susulan memuat naik video rumah dirobohkan di TikTok, ia menjadi perhatian ramai dan rata-rata bersimpati terhadap keluarga tersebut, namun ada juga persoalkan penghuni rumah itu tidak berusaha mencari rumah lain jika sudah tahu tanah itu berstatus TOL.
Bagaimanapun, keluarga berkenaan mendakwa mereka sama sekali tidak diberikan sebarang notis untuk mengosongkan tapak tersebut sebelum kerja-kerja merobohkan rumah itu di buat.
Bahkan, pihak berwajib datang secara tiba-tiba selain keluarganya tidak diberikan wang pampasan.
Difahamkan dari penghuni juga, kerja-kerja merobohkan rumah itu dilakukan oleh pemaju hartanah dan bukannya pihak kerajaan.
The post “Dah Lah Main Serbu Je!” – 40 Tahun Duduk Atas Tanah TOL, Keluarga Sedih Rumah Diroboh Tanpa Notis first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments