#Hiburan: “Kasihan Juga Isteri Baru, Tiada Majlis Kahwin Macam ‘Cowboy'” – Puteri Sarah Liyana Akui Dah Lama ‘Move On’

Ditemui BH Online, pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan bahawa dia sebenarnya sudah lama mengetahui mengenai desas desus yang mengatakan suaminya telah bernikah dengan Ira Kaza.

Pada ketika itu, dia tidak terlalu ambil peduli kerana maklumat yang diterima adalah daripada orang yang mengenali pihak sebelah sana.

Advertisement

Namun, apabila ia makin hangat diperkatakan, dia mula menerima mesej langsung dengan kerap yang rata-ratanya meluahkan rasa kasihan melihat dia, anak-anak serta mentua yang tidak mengetahui apa yang Syamsul telah lakukan di belakang mereka.

Kata Sarah, dia kini tidak peduli dengan tindakan suaminya dan sudah lama ‘move on’.

Saya sudah lama ‘move on’. Cuma sebagai wanita yang masih bergelar isteri, tentunya saya mahukan kebenaran. Kepada Syamsul, mengaku sahajalah, benda baik jangan disorok boleh menimbulkan fitnah.

Ujarnya lagi, dia tidak akan menghalang Syamsul untuk berkahwin namun berharap agar suaminya itu tampil menjelaskan situasi sebenar.

Kalau dah kahwin, berterus terang. Kasihan juga isteri baru, sudahlah kahwin tiada majlis seperti ‘cowboy’. Sampai bila nak sorok, sedangkan orang sudah mula menghidu.

Tambahnya lagi, dia berasa simpati melihat keluarga mentua yang bersedih apabila kontroversi Syamsul berkahwin dua mula heboh dan tular.

Puteri Sarah yang kini berada di Jepun bersama anak-anak untuk bercuti memaklumkan akan segera menyelesaikan perihal rumah tangganya setelah pulang ke Malaysia.

“Saya juga mahukan ‘titik noktah’ agar boleh meneruskan hidup bersama anak dengan aman. Sekarang berilah saya masa bertenang sambil bercuti dengan anak ke Tokyo dulu” ujarnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Puteri Sarah dan Syamsul Yusof
2 hari lalu

"Tiber Nak Saman, So Betul Lah?" - Puteri Sarah Persoal Tindakan Syamsul Nak Saman JAWI, Suruh Mengaku Saja

The post “Kasihan Juga Isteri Baru, Tiada Majlis Kahwin Macam ‘Cowboy'” – Puteri Sarah Liyana Akui Dah Lama ‘Move On’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments