#Hiburan: Ustazah Afifah & Suami Dinasihat Jakim – “Elakkan Kenyataan Yang Bersifat Kontroversi”

Sebelum ini, pendakwah bebas iaitu Ustazah Siti Afifah dan suaminya didakwa sering mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan membabitkan hukum agama sehingga mengundang pelbagai reaksi orang ramai.

Terbaru, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menasihatkan pendakwah bebas itu agar menggunakan pendekatan yang lebih sesuai dan berhikmah dalam menyampaikan dakwah.

Advertisement

Menurut laporan Harian Metro, Jakim berkata pihaknya mengambil maklum berkaitan video memaparkan penceramah itu yang sering mengeluarkan kenyataan kontroversi termasuk mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap agamawan yang menegur mereka.

Jakim sentiasa membuat pemantauan kandungan berkaitan hal ehwal agama Islam yang dipaparkan kepada khalayak terutama melalui penggunaan media sosial.

Dalam pada itu, Jakim berkata semua pendakwah di negara ini adalah terikat dengan sistem pentauliahan di bawah pihak berkuasa agama Islam di negeri-negeri.

Kenyataan yang bersifat kontroversi dan boleh menimbulkan kegusaran awam hendaklah dielakkan.

Bukan itu sahaja, Jakim memaklumkan sebarang perlakuan yang bercanggah dengan peraturan dan undang-undang boleh dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.

Malah, semua pihak wajar mengambil pendekatan sederhana dalam setiap aspek tanpa mengabaikan tuntutan syarak termasuk mengutamakan keharmonian hidup dalam masyarakat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

4 hari lalu

"Kamu Bukan Agamawan!" - Dakwa Difitnah, Ustazah Afifah & Suami Mahu Failkan Saman, Nama UAI & Amin Idris Antara Yang Dipetik

The post Ustazah Afifah & Suami Dinasihat Jakim – “Elakkan Kenyataan Yang Bersifat Kontroversi” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments