#Hiburan: “Tak Suka Saya Tak Mengapa” – Elly Mazlein Tak Kisah Orang Meluat Tengok Muka Asyik Keluar TV

Sejak baru-baru ini, wajah Elly Mazlein tampil menghiasi pelbagai rancangan televisyen dari segi lakonan mahupun pengacaraan.

Walau bagaimanapun, ada juga penonton yang berasa benci dan meluat dengan perkara tersebut.

Advertisement

Mengulas berkaitan isu berkenaan, Elly atau lebih mesra disapa sebagai Kak Lina menyatakan bahawa dia enggan ambil pusing terhadap kata-kata negatif yang dilontarkan, sebaliknya hanya fokus kepada peminat-peminatnya sahaja.

Kalau penonton atau orang ramai tak suka, saya tak pernah pun ambil tahu mengenai hal-hal negatif. Apa yang saya fikirkan adalah mereka yang meminati saya sahaja…

…Tapi untuk yang tak suka saya tu tak mengapalah. Sebab saya sentiasa memberi ruang kepada mereka untuk menyukai atau meminati saya suatu hari nanti. Kan orang kata, tak kenal maka tak cinta.”

Dalam pada itu, menurut sumber, personaliti berumur 42 tahun itu menitipkan rasa syukur kerana diberikan rezeki yang tidak putus-putus setelah sekian lama berada di dalam industri hiburan.

Bukan mudah sebenarnya nak berada sampai tahap sebegini. Selain kerja keras, saya sentiasa lakukan tugas yang diberi dengan baik…

…Allah SWT punya kerja. Lepas kita dah usaha, kita kena doa dan tawakal. Selebihnya kita serah pada Allah SWT. Siapa sangka kan, pada usia 42 tahun rezeki datang tak putus-putus.”

Terdahulu, Elly Mazlein pernah dikritik warganet kerana dianggap ‘over’ tidak sopan dan ketika mengacarakan sebuah program realiti nyanyian.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah:

Jihan Muse, Elly Mazlein
2 bulan lalu

"Mengelitis! Jihan Lagi Beradab" - Elly Mazlein Berjaya Buat GV9 'Trending' Setiap Minggu, Rupanya Ramai Tak Suka?

 

The post “Tak Suka Saya Tak Mengapa” – Elly Mazlein Tak Kisah Orang Meluat Tengok Muka Asyik Keluar TV first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments