#Hiburan: Hanya Sebulan Tempoh Perkenalan, Hana Ismail Terima Da’i Syed Selepas Solat Istikharah Seminggu

Pendakwah bebas, Da’i Syed telah selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, pengacara TV, Hana Ismail dengan sekali lafaz.

Menceritakan tentang perkenalan mereka, Hana berkata mereka hanya berkenalan selama sebulan lebih sebelum bertunang pada 23 Oktober yang lepas.

Advertisement

Katanya, apa yang membuatkannya yakin untuk berkahwin dengan Da’i Syed adalah kerana dia telah mendapat petunjuk yang baik selepas melakukan solat istikharah.

Selepas kami mengadakan sesi taaruf selama sejam, hati saya terbuka. Saya juga telah melakukan solat sunat Istikharah selama seminggu.”

Tambah Hana lagi, selepas tempoh solat itu berakhir, Allah telah tekadkan hatinya untuk berkahwin dengan Da’i Syed dan perkara itu menguatkan semangatnya untuk teruskan hubungan mereka.

Semalam, Hana dan Syed selamat diijabkabulkan di Masjid Ibnu Mas’ud, Kuala Lumpur pada jam 11.46 pagi dengan mas kahwin berupa seutas gelang emas.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 hari lalu

"Kenapa Nak 'Influence' Orang Perkahwinan Itu Menakutkan, Bukan Semua Macam Laki Hang" - Eyra Hazali 'Sound' Siapa?

The post Hanya Sebulan Tempoh Perkenalan, Hana Ismail Terima Da’i Syed Selepas Solat Istikharah Seminggu first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments