#Hiburan: Tak Pernah Ditemui Di ‘Overseas’, Ramai Tak Sangka Hidangan Chicken Chop Rupa-Rupanya Asal Negara…

Satu hantaran di Twitter baru-baru ini telah mencetuskan perdebatan di netizen apabila seorang individu mendakwa sebenarnya hidangan Chicken Chop yang selalu kita makan di restoran itu sebenarnya berasal dari Malaysia.

Kata individu itu, kebanyakan restoran ‘Western’ di negara kita ini menawarkan hidangan Chicken Chop yang selalu disangka berasal dari negara barat.

Advertisement

Tapi sebenarnya, hidangan ikonik tersebut merupakan makanan yang diubahsuai masyarakat cina yang dibawa ke Malaysia oleh penjajah British ke Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu.

Dalam ramai-ramai orang Cina tu, kaum Hainan menjadi yang terakhir sampai ke sini. Semasa mereka sampai, banyak sektor pekerjaan telah diisi. Jadi mereka pun bekerja dengan British sebagai tukang masak dan tukang kebun.

Kaum Cina Hainan kemudiannya memvariasikan makanan barat dan timur bagi menghasilkan menu hidangan terbaharu kerana sudah terbiasa makan makanan British.

Kata individu itu lagi, jikalau anda merantau ke negara barat, memang tidak akan menjumpai hidangan chicken chop dalam menu mereka.

Chicken ChopSumber : Twitter  

Chicken chop ni berasal dari Malaysia. Tapi kita je salah anggap itu adalah western food.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen seolah-olah tidak percaya dengan sejarah di sebalik menu Chicken Chop itu.

Rata-rata mereka menyangka menu hidangan tersebut berasal dari negara barat.

Kebanyakan kopitiam di negara kita juga menawarkan hidangan Chicken Chop dalam menu buat pelanggan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

TikTok
1 hari lalu

"Esok Abang Nikah.." - Enam Tahun 'LDR' Tapi Tak Pernah Jumpa, Wanita Kongsi Pengalaman Kena 'Sidai' Di Singapura

The post Tak Pernah Ditemui Di ‘Overseas’, Ramai Tak Sangka Hidangan Chicken Chop Rupa-Rupanya Asal Negara… first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments