Pelakon jelita Diana Danielle baru-baru ini mencuri tumpuan netizen apabila dia dilihat menari di TikTok dengan berlatar belakangkan lagu Bloody Mary nyanyian Lady Gaga.
Dia yang memakai baju labuh hitam bercorak kecil itu khabarnya tidak terlepas dari mengikuti ‘trend’ di aplikasi media sosial terkenal itu.
Tulis Diana di ruangan kapsyen ‘Imma dance wimma hands. Outfit check!’.
Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya tampil memuji kecantikan tubuh badan Diana Dianelle yang kini sudah bergelar ibu kepada dua orang anak.
Kata netizen, isteri kepada pelakon Farid Kamil itu tetap langsing dan tidak kurang juga yang meminta tips untuk kekal cantik seperti itu.
Ada juga yang cemburu Diana Danielle mempunyai tubuh badan yang ramping.
Jelesnya tengok body, herlokkkss.
Tidak kedekut berkongsi ilmu, Diana dilihat melayan permintaan peminatnya tentang cara mengekalkan tubuh badan yang ‘slim’ iaitu tidak makan terlalu banyak ketika lapar.
Saya tak tahu, tapi sebelum ada anak saya makan banyak. Selera besar tapi lama-lama makan tak berapa banyak. Suka makan naturally. Makan bila lapar dan tak over eat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post (VIDEO) Diana Danielle Menari Di TikTok, Netizen Puji Badan Macam Anak Dara – “Jealousnya Body Herlokkss” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments