Pelawak dan juga usahawan, Shuib Sepahtu sejak kebelakangan ini menjadi tumpuan warga maya setelah dia dikatakan menjalinkan hubungan mesra bersama seorang usahawan wanita bernama Watie.
Ini berikutan tularnya video-video Shuib dan anak-anak keluar bersama wanita itu di media sosial sekaligus meyakinkan lagi spekulasi yang menjadi bualan peminat itu.
Shuib yang ditemui Berita Harian baru-baru ini meminta netizen di luar sana agar tidak mempertikai pilihannya untuk menjadikan Watie sebagai bakal isteri dan juga ibu kepada anak-anaknya.
Katanya, dia lebih mengetahui sesuatu berbanding netizen di luar sana yang hanya menghakimi daripada luaran.
Insya-Allah, saya tahu mana baik dan buruk. Saya juga tahu mana okay atau sebaliknya. Namun, saya tak boleh tolak persepsi orang. Cuma, tidak adil untuk orang luar buat andaian bukan-bukan.
Jelas Shuib lagi, dia akan menjaga kehidupannya dan anak-anak seperti mana ketika Allahyarhamah Siti Sarah masih hidup.
Dalam pada itu, Shuib meminta netizen untuk tidak berlebihan memberikan komen dan andaian kerana banyak hati perlu dijaga selain perlu mendahulukan ibu dan anak-anak.
Perkenalan dalam tempoh dua hingga tiga bulan belum cukup untuk menilai Watie. Namun, Alhamdullilah hubungan kami berjalan lancar, anak-anak dan mak pun suka dengannya.
Shuib juga menafikan bahawa dia bakal menamatkan zaman duda dengan Watie pada bulan Mac tahun hadapan dan memaklumkan bahawa masih dalam fasa mengenali hati budi masing-masing.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Anak-Anak Dan Mak Pun Suka Dia..” – Shuib Minta Netizen Jangan Pertikai Keputusan Pilih Watie Sebagai Calon Isteri first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments