#Hiburan: Sunway Group Masuk Malaysia Book Of Records & Mendapat Pengiktirafan Antarabangsa, Ini Yang Anda Perlu Tahu!

Rakyat Malaysia amat terkesan ketika negara dilanda pandemik lalu, menyebabkan peningkatan kadar pengangguran, ketidakstabilan ekonomi dan sebagainya yang amat menjejaskan golongan berpendapatan rendah, B40.

Pihak Sunway Group kekal komited menginspirasi dan memacu perubahan bersama untuk membantu golongan memerlukan ketika waktu sukar sebegini.

Advertisement

Seramai 60,000 Penerima Bantuan Dimanfaatkan

Sunway Group

Antara usaha CSR Sunway termasuklah agihan pek makanan Nutritious Dehydrated Meal melalui Bank Makanan Sunway. 

Pihak Sunway bersama para sukarelawan menyantuni komuniti dengan sejumlah 180,000kg makanan diagihkan setakat 23 Disember 2022 dan telah menolong sebanyak 60,000 pihak yang memerlukan pada tahun 2022. 

Usaha ini bertujuan membasmi isu malnutrasi, kelaparan dan kemiskinan tegar isi rumah dalam negara. Makanan yang berkhasiat dan berzat membantu anak-anak untuk kekal fokus di sekolah, meningkatkan produktiviti bagi orang dewasa, dan tidak dilupakan jua pesakit dengan keperluan khas.

Menyedari kepentingan ilmu dalam kehidupan, pihak Sunway juga turut mengagihkan keperluan persekolahan seperti pakaian seragam dan tablet bagi mereka yang berkelayakan.

Para pelajar daripada golongan B40 diberi akses kepada komputer serta pendedahan tentang pelajaran pengkomputeran untuk mewujudkan generasi celik IT dalam dunia serba moden ini. Sebagai contoh, sekolah Tamil di Ipoh telah diberi kesempatan untuk belajar asas pengkodan.

Setiap insan tanpa mengira latar belakang, bangsa mahupun agama layak menjalani kehidupan yang sihat lagi produktif. Begitulah matlamat yang ingin dicapai pihak Sunway menerusi inisiatif sebegini.

Kerjasama Jangka Panjang Sunway-MAF

Sunway GroupSumber : Leow Kok Leong  

Bukan setakat itu sahaja, Sunway Group juga turut bekerjasama dengan Malaysia AIDS Foundation (MAF) bagi membantu pesakit HIV/AIDS menjamin kelangsungan hidup. Red Ribbon Gala telah diadakan pada 28 Oktober 2022 di Sunway Resort Hotel untuk menjana dana bagi Skim Bantuan Perubatan.

Sejumlah RM2.6 juta berjaya dikumpul pada malam penuh bersejarah itu. Hasil kutipan berkenaan akan dimanfaatkan melalui pembiayaan kos perubatan Antiretroviral (ARV) lebih 950 pesakit seluruh Malaysia.

Skim ini memberi subsidi kepada penerima Rawatan HIV Antiretroviral Barisan Kedua kepada warganegara Malaysia yang kurang bernasib baik dengan peruntukan kos pembiayaan rawatan sebanyak RM8,400 setahun bagi setiap benefisiari. 

Pihak MAF telahpun menampung kos rawatan bagi lebih 2,000 benefisiari semenjak penubuhan Skim tersebut. 

Tambahan pula, Sunway Group telah mewakafkan RM4 juta kepada MAF-Sunway Hope Borneo Project selama tempoh lima tahun untuk meringankan bebanan warga Malaysia yang kurang bernasib baik di kawasan Kuching, Sarawak dan Pantai Timur Sabah melalui akses terhadap perkhidmatan rawatan HIV. 

Benefisiari program ini juga turut menerima subsidi perjalanan dari kediaman hingga ke hospital. Sunway Group juga menyokong Teratak Kasih Tok Nan, Kuching, Sarawak, iaitu sebuah rumah sehenti bagi para pesakit yang hidup dengan HIV. 

Kemudahan ini turut menawarkan kaunseling serta perkhidmatan sokongan yang berkaitan. 

Raih Pengiktirafan Peringkat Nasional Dan Antarabangsa

Sunway Group

Usaha berterusan Sunway Group telah mendapat perhatian dan pengiktirafan menerusi beberapa anugerah dan pencapaian. Antaranya termasuk catatan dalam Malaysia Book of Records sebagai Bank Makanan Terbesar Dimulakan oleh Konglomerat.

Selain itu, khidmat tanggungjawab sosial Sunway Group turut diiktiraf dalam Sustainability & CSR Malaysia Awards 2022 menerusi Long-standing Excellence Award bagi usaha memberi balik kepada masyarakat secara berterusan, serta anugerah Company of the Year bagi inisiatif COVID-19 tercontoh.

Tidak ketinggalan jua adalah pengiktirafan antarabangsa iaitu pencapaian Anugerah Emas dalam Sustainability Reporting pada Australasian Reporting Awards 2022 di Australia.

Semoga kehadiran tahun 2023 bukan sahaja membuka lembaran baru malahan membuka lebih banyak pintu peluang dan rezeki untuk Sunway Group terus berkhidmat serta menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan.

The post Sunway Group Masuk Malaysia Book Of Records & Mendapat Pengiktirafan Antarabangsa, Ini Yang Anda Perlu Tahu! first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments