#Hiburan: “Tiada Dalil Kata Dosa Nikah Kalau..” – Dikecam Netizen Kahwin Terlalu Awal, Ini Jawab Anita Baharom

Sedia maklum, semalam pelakon, Anita Baharom telah selamat mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama seorang ahli perniagaan iaitu Engku Isyamuddin setelah kematian suami Januari lalu.

Perkahwinan mereka sememangnya menjadi bualan ramai hingga ada yang mempertikaikan tindakan Anita mengahwini lelaki biarpun belum sampai setahun kehilangan suami pertama.

Advertisement

Susulan itu, pelakon berkenaan memberitahu kepada pihak Gempak bahawa dia enggan mengambil pusing kata-kata netizen kerana tahu perkahwinan ini sama sekali tidak melanggar hukum agama.

Kalau ikut hukum hakam pun tiada salah. Tiada juga dalil yang kata kalau tak cukup setahun bergelar ibu tunggal itu berdosa untuk bernikah.

Dalam pada itu, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini berharap agar perkahwinan kali ini mampu membuat dirinya menjadi seorang isteri serta ibu yang lebih baik.

Anita berkata sedemikian setelah selesai melangsungkan majlis akad nikah di Dewan Bizmillah Hall, One City, Subang Jaya.

Sebelum ini, pelakon Dunia Baru ini sah menjadi isteri kepada Engku Isyamuddin yang juga merupakan bapa tunggal kepada lapan orang cahaya mata.

Anita Baharom dan suami baru
21 jam lalu

"Biarlah Dia Nak Kahwin Berapa Kali Pun" - Perkahwinan Dipertikai, Netizen 'Back-Up' Anita Baharom

The post “Tiada Dalil Kata Dosa Nikah Kalau..” – Dikecam Netizen Kahwin Terlalu Awal, Ini Jawab Anita Baharom first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments